web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairuddin Bantu Dusuki Dalam Majlis Ulama UMNO  

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 5:00PM

Dr Khairuddin Aman Razali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan mantan pemimpin PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali akan menganggotai Majlis Ulama UMNO.

Menerusi kenyataannya di Facebook, Zahid yang juga Presiden UMNO memaklumkan Khairuddin akan membantu Pengerusi Majlis Ulama parti itu, Datuk Dusuki Ahmad.

Khairuddin pernah berkhidmat sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang diterajui mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa memegang jawatan dalam Kabinet, Khairuddin mencetuskan kontroversi selepas didapati melanggar syarat kuarantin COVID-19 selepas lawatan ke Turki.

Tahun lalu, Khairuddin dipecat sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS dan dipecat daripada jawatankuasa pusat parti.

Berikutan kehilangan jawatannya dalam PAS, Khairuddin meletak jawatan daripada parti dan berkhidmat di Kuala Nerus sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Namun beliau gagal mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), November tahun lalu.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai Majlis Ulama UMNO, Zahid yakin pengalaman dan jaringan hubungan persahabatan Dusuki dengan ulama dan cendekiawan Islam di dalam mahupun luar negara mampu memperkukuhkan agenda dakwah Islamiyyah, pendidikan Islam dan tarbiyyah dalam parti.

“Tengahari ini berkesempatan bertemu dengan Datuk Dusuki, sahabat lama yang saya isytiharkan namanya waktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Sabtu lalu sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO yang baru ditubuhkan.

“Saya mengenali Datuk Dusuki lama, bukan sahaja sebagai ulama, pemikir dan veteran UMNO tetapi sebagai seorang sahabat. Saya sendiri pernah diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan untuk saya membantunya (Dusuki).

“Datuk Dusuki diamanahkan selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), manakala saya sebagai Pengerusi YADIM Holding,” katanya. 

Zahid mengumumkan pelantikan Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO ketika ucapan penggulungan pada PAU 2022, Sabtu lalu.

Dusuki adalah bapa kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi. - Getaran, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

4

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad