web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terkenal Di Dunia Maya Bukan Jaminan Tak Buat Silap - Khairuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 5:10PM

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemasyhuran dimiliki mana-mana guru agama di alam maya bukan satu jaminan untuk mereka sentiasa benar ketika menyampaikan ilmu.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ‘nama besar’ yang dimiliki bukan bermakna mereka tidak boleh melakukan kesilapan dalam memahami sesuatu isu.

Menurut beliau, kesilapan, jika berlaku, perlu diperbetul dengan segera agar pengikut tidak terlajak dan berpegang pada maklumat yang salah.

“Namun, kesilapan itu tetap tidak mengurangkan ilmu, kemuliaan dan penghormatan kepada guru agama tersebut yang ikhlas menyampaikan pengajaran Islam.

“Apa sahaja melibatkan umat Islam perlu ditangani secara berhemah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Meskipun tidak memperincikan secara lengkap, hantaran dibuat Khairuddin itu dipercayai merujuk kepada insiden yang berlaku baru-baru ini apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilabel sebagai jahil, sesat dan mengelirukan oleh pendakwah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus.

Azhar yang lebih dikenali sebagai UAI mengeluarkan kenyataan itu susulan video ucapan Perdana Menteri pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang tersebar baru-baru ini.

Anwar ketika menyampaikan ucapan berkenaan merujuk Ashabul Kahfi sebagai pengikut agama Nasrani atau Kristian.

Mengulas lanjut Khairuddin berkata, kesilapan yang dilakukan perlu ditegur secara berhemah, tanpa melibatkan sebarang tuduhan atau kecaman.

“Kesilapan jika berlaku ditegur tanpa membuat tuduhan kerana sangka baik antara sesama muslim ialah semua muslim cintakan Allah dan Rasul-Nya.

"Alim Ulama dan guru agama perlu berhati-hati ketika berceramah dan berkuliah kerana ia akan menjadi ikutan ramai anak murid dan pengikut yang akhirnya mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan yang tiada hentinya,” katanya.

Tegas beliau, mutakhir ini ada orang sewenangnya menuduh muslim lain sebagai fasik, kafir, munafik dan musuh Allah. 

“Hukum Islam jelas, sekiranya orang yang dituduh tidak sebegitu maka tuduhan itu kembali kepada penuduh. 

“Mereka perlu diperingatkan dengan Hadis Nabi riwayat Bukhari
‎لا يَرْمِي رَجُل رَجُلًا بِالفِسْقِ أو الكُفْر إلا ارْتَدَّتْ عليه، إن لم يَكُنْ صَاحبه كذلك
Tidak menuduh seorang lelaki akan seorang lelaki yang lain dengan fasik atau kafir melainkan kembali kepadanya sekiranya orang itu tidak sebegitu,” katanya. - Getaran, 26 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ketua Sudah Lari, Tapi Ajaran Ahmadi Masih Aktif?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

6 Pendaki Sesat Di Gunung Angsi Ditemukan Selamat, Seorang Cedera - Bomba

3

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Wanita, 2 Lelaki Dikhuatiri Sesat Di Gunung Angsi - Bomba

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tapir Cedera, Sesat Di Kampung Temenin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad