web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Sudah Lari, Tapi Ajaran Ahmadi Masih Aktif?

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 9:34AM

Ajaran Ahmadi ini dikesan masih aktif di pelbagai platform media sosial khususnya TikTok - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu ajaran sesat dikenali sebagai Ahmadi - Agama Kebenaran dan Cahaya dilihat terus aktif di media sosial walaupun ketua ajaran itu dikatakan sudah melarikan diri ke luar negara.

Perkara tersebut didedahkan seorang netizen, Faez di aplikasi X. 

Menggunakan akaun @FaezCitizen, dia mempersoalkan kewujudan agama fahaman itu yang dilihat terang-terangan menafikan kewajipan untuk menunaikan solat lima waktu.

“Agama/mazhab apa ni? Penceritaan menarik, tapi bila baca komen, speechless jap (kejap),” katanya.

Perkara sama turut didedahkan YB Zack yang menggunakan akaun @zackthebrawler.

“Salam @drzul_albakri @MyJAKIM @PDRMsia, ni ada orang buat agama baru dengan ajaran sesat kat Tiktok ni. Tolong siasat. Depa (mereka) duk claim depa ikut Imam Mahdi and claim Nabi Isa dah turun, tapi kena lowkey sebab situasi perang. Tolong tangkap depa. @KPDNHEPKelantan @PASPusat,” katanya menerusi ciapan di X.

Beliau menerusi bebenang turut mengajak orang ramai membuat laporan ke atas akaun TikTok terlibat.

“Jom kita report account tu ramai ramai gais, TikTok ni ramai budak budak, aku ada buat quick survey masa live tadi, and depa kata live ni lalu fyp diorang sebab engagement tinggi. 

“Ramai kecam tapi tak report, so secara tak langsung bagi high engagement and interaction untuk fyp,” katanya. 

Sementara itu tinjauan Getaran mendapati, akaun TikTok ajaran terbabit sudah mengumpul lebih 30,000 pengikut.

Pengendali akaun berkenaan juga dilihat rancak berbalas komen dengan netizen, sekali gus menyebarkan dakyah dibawa.

Dalam perkembangan berkaitan, Harian Metro pada 4 Ogos tahun lalu pernah melaporkan bahawa ketua ajaran terbabit, dikenali sebagai bishop telah melarikan diri ke luar negara untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa.

Memetik sumber keselamatan, akhbar berkenaan melaporkan, ajaran yang turut dikenali sebagai Ahmadi Religion of Light and Peace itu percaya bahawa lokasi sebenar Kaabah terletak di Petra, Jordan dan bukannya di Makkah, Arab Saudi.

Ajaran berkenaan dikatakan mempunyai pengikut dan bishop yang dilantik di seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, Afghanistan, Thailand, United Kingdom dan Turkiye.

Ia dipercayai diasaskan seorang individu berasal dari Basra, Iraq dikenali sebagai Ahmad Ismail atau Imam Ahmad Al Hassan oleh kalangan pengikutnya.

Ahmad mengaku dirinya Imam Mahdi pertama daripada 12 imam yang kononnya dijanjikan untuk memimpin panji hitam dari timur dan mula menyebarkan ajaran itu sejak 2003. - Getaran, 7 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

6 Pendaki Sesat Di Gunung Angsi Ditemukan Selamat, Seorang Cedera - Bomba

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Wanita, 2 Lelaki Dikhuatiri Sesat Di Gunung Angsi - Bomba

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Terkenal Di Dunia Maya Bukan Jaminan Tak Buat Silap - Khairuddin

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tapir Cedera, Sesat Di Kampung Temenin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran