web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Antara 5 Ciri Kepemimpinan Umar Bin Abdul Aziz Yang Patut Dicontohi

Refleksi hari ini ingin berkongsi lima ciri kepemimpinan Umar bin Abdul Aziz, salah seorang khalifah pada zaman Umayyah yang wajar dicontohi oleh setiap pemimpin.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2022 2:48PM

Gambar Hiasan, Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemimpin adalah individu yang dipilih untuk melaksanakan tugas kepada rakyat dan negara. Tanggungjawab yang diberi bukanlah ringan namun ia mudah jika kepemimpinan tersebut bertujuan memberikan kebaikan kepada umum dan tidak berlandaskan kepentingan peribadi.

Pelbagai aspek perlu dinilai untuk seseorang itu dilantik menjadi pemimpin. Ini termasuk keperibadian, pelaksanaan tanggungjawab yang diberikan dan seumpamanya. 

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Seseorang yang dilantik sebagai pemimpin perlulah mempunyai kemampuan untuk berfikir dan berupaya mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang dihadapi rakyat dan tanggungannya.  

Pemimpin juga perlu memupuk sifat kasih sayang dan menjadi contoh selain mempunyai nilai integriti yang tinggi. 

Mereka perlu mempunyai kekuatan dan kecekalan dari segi fizikal dan mental sehingga mampu menggerakkan semangat orang lain.

Segmen Refleksi hari ini ingin berkongsi lima ciri kepimpinan khalifah Umar bin Abdul Aziz, salah seorang khalifah pada zaman Umayyah yang wajar dicontohi oleh setiap pemimpin. 

Nukilan hari ini ditulis berdasarkan buku yang bertajuk Pemimpin yang Adil: Rahmat untuk Rakyat yang pernah dirungkai isinya di laman sesawang pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Menegakkan keadilan

Keadilan dalam memimpin amat penting bagi memberikan kepercayaan kepada masyarakat terhadap sesebuah pentadbiran kerajaan. 

Sifat ini ada pada Umar bin Abdul Aziz yang diwarisi daripada datuknya, Umar Ibn al-Khattab sehinggakan beliau menempa mata wang pada ketika itu dengan kata-kata yang membawa maksud, “Allah SWT perintahkan dengan bersifat amanah dan berlaku adil”. 

Pemimpin yang tidak adil boleh mengakibatkan pemberontakan atau rusuhan kerana masyarakat mungkin hilang kepercayaan terhadap mereka. Seperti firman Allah SWT:

وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ٧ أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ٨ وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ٩

“Dan Allah telah menjadikan langit yang tinggi, serta Dia mengadakan neraca keadilan (undang-undang). (7); Supaya kalian tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8); Dan betulkanlah timbangan itu dengan adil, dan janganlah kalian mengurangi neraca timbangan. (9).”  (Surah al-Rahman: 7-9)

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Memelihara daripada pembohongan

Khalifah Umar juga adalah pemimpin yang sangat tidak menyukai penipuan di dalam pentadbirannya. Melakukan pembohongan adalah kelakuan yang akan memudaratkan diri sendiri.

Ini kerana ia akan menyebabkan seseorang itu hilang jati diri dan hidup dalam kepura-puraan. 

Kesannya akan lebih teruk jika pembohongan tersebut terbongkar, pemimpin tersebut akan dicop sebagai individu yang tidak boleh dipercayai lagi. 

Ketegasan Umar di dalam konteks ini merujuk kepada kata-katanya kepada seorang ulama bernama Maimun bin Mihran yang berbunyi, “Aku tidak dapati saksi yang dusta kecuali aku potong lidahnya.”

Gambar: Izwan Ramlan
Gambar: Izwan Ramlan

Menolak Daripada Menerima Hadiah

Pada dasarnya, memberi hadiah adalah digalakkan bagi menunjukan tanda penghargaan terhadap sesuatu pencapaian. 

Namun perkara ini kadangkala terpesong daripada tujuannya dan boleh jatuh sebagai rasuah. Ini kerana rasuah boleh ditakrifkan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. 

Jadi semasa zaman pemerintahan khalifah Umar, beliau sama sekali tidak pernah menerima hadiah dan menolak apa-apa sahaja jenis bentuk hadiah. 

Ini terbukti ketika beliau berhujah, “Tetapi bagi kami dan orang selepas kami dianggap sebagai rasuah.” 

Tambahan pula, perkara ini terjadi apabila beliau membatalkan pemberian hadiah daripada semua pemimpin yang lazimnya dilakukan setiap kali perayaan Nawruz dan Mahrajan. 

Dalam sebuah hadis daripada Thauban RA:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ وَالرَّائِشَ يَعْنِي الَّذِي يَمْشِي بَيْنَهُمَا

Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara yang bersifat penghubung antara kedua-duanya.”

Riwayat Ahmad (22399)

Gambar Hiasan, Pexels
Gambar Hiasan, Pexels

Melarang Pembaziran

Khalifah Umar tidak suka akan pembaziran yang melampau dan ia merujuk kepada hak keistimewaan yang diberikan kepada pemimpin. 

Hal ini dapat dilihat apabila beliau dilantik sebagai khalifah, antara tindakan pertama yang dilaksanakan adalah dengan tidak menaiki binatang atau kenderaan yang khusus buat pemimpin. 

Beliau hanya menaiki kenderaannya sendiri yang merupakan seekor baghal (sejenis keldai).

Katanya kepada pembantu peribadinya, “Hai Muzahim, ambillah kenderaan ini dan serahkan kepada Baitulmal.”

Gambar Hiasan, Unsplash
Gambar Hiasan, Unsplash

Membuka talian perhubungan secara langsung antara pemimpin dan rakyat

Pemimpin berjiwa rakyat adalah sifat atau karakter yang sangat disukai oleh masyarakat. Ia merapatkan hubungan dan mengelakkan jurang antara pemimpin dan rakyat.

 Perkara ini diterapkan di dalam diri Khalifah Umar dan hal ini menunjukkan keprihatinannya terhadap rakyat. Ia menjadikan mereka berasa terbela dan mudah untuk mengadu segala hal kelemahan dan kecurangan kepimpinan.

Beliau juga mengeluarkan arahan kepada pemimpin lain di bawah jagaannya supaya mendapatkan maklumat dan menerima sebarang bentuk aduan daripada rakyat jelata.

Maka, jadilah pemimpin yang mempunyai baik seperti Umar bin Abdul Aziz. Pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang bagus perlu dijadikan contoh bagi melahirkan generasi yang berwibawa pada masa akan datang. - Getaran, 25 Mac 2022

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

2

Karier 2 tahun yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia