web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adakah Sakit Belakang Mengganggu Anda?

Ketahui postur badan, pemakanan dan senaman yang betul untuk tulang belakang yang sihat.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 5:11PM

Gambar: Oksana Taran, Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kebiasaannya, ramai akan mengalami sakit tulang belakang dan tengkuk semasa hayat mereka.

Jangan ambil sambil lewa, jika tidak dibendung pada peringkat awal, gejala sakit belakang ini merupakan salah satu punca utama yang menjurus kepada kecacatan kekal.

Salah satu penyumbang utama permasalahan ini termasuklah postur tubuh yang salah semasa penggunaan telefon pintar secara berlebihan. Ia gaya hidup yang tidak sihat.

Justeru, pakar-pakar fisioterapi dari Zulal Wellness Resort by Chiva-Som berkongsi empat langkah mudah yang boleh anda amalkan bagi mengelak gejala sakit belakang seperti berikut:

Gambar: Antoni Shkraba, Pexels
Gambar: Antoni Shkraba, Pexels

#1 Duduk dengan betul

Ketika anda duduk di atas kerusi, pastikan kedua-dua belah tapak kaki anda berada di atas permukaan lantai. 

Pastikan lutut berada di kedudukan sedikit tinggi dari paras pinggul. Bahagian pelvis harus selari dengan punggung semasa bersandar. 

Gambar: Rachel Claire, Pexels
Gambar: Rachel Claire, Pexels

#2 Posisi tidur

Semasa tidur, pastikan baring di atas tilam yang menyokong tulang belakang dan bentuk badan. Percayalah, ia akan mengurangkan ketegangan otot dan sendi semasa anda tidur.

Anda juga dinasihatkan untuk membengkokkan lutut bagi mengurangkan pelanggaran antara tulang peha dengan tulang kaki bawah. Letakkan bantal di bawah kaki untuk lebih keselesaan. 

Gambar: Ella Olsson, Pexels
Gambar: Ella Olsson, Pexels

#3 Pemakanan ideal

Pemakanan yang seimbang dapat melindungi tulang belakang anda. Nutrisi yang lengkap sangat penting bagi membantu anda mencapai tahap kesihatan yang optimum.

Gabungkan bersama senaman, pemakanan sihat dapat membantu anda memelihara berat badan yang sihat. Ia cara memastikan tulang belakang anda tidak terlalu terbeban dengan berat badan. 

Gambar: Miriam Alonso, Pexels
Gambar: Miriam Alonso, Pexels

#4 Senaman! Senaman! Senaman! 

Dengan penguatan otot yang menyokong seluruh sistem tulang belakang, senaman juga dapat membantu dalam mencegah sakit tengkuk.

Latihan meregang badan dan senaman aerobik adalah senaman-senaman sihat yang membantu menguatkan tulang belakang yang sihat.

Gambar: Zulal Wellness Resort
Gambar: Zulal Wellness Resort

Secara kesimpulannya, gaya hidup yang sihat membantu anda, bukan sahaja mendapatkan bentuk badan yang ideal, malah boleh menyingkirkan masalah sakit belakang! 

Layari Zulal Wellness Resort by Chiva-Som untuk maklumat lanjut. - Getaran, 18 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 2 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 2 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN