Berita Terkini

8 jam yang lalu: Bumbung Dewan Besar IKIM runtuh, 6 petugas cedera ringan - Bomba 8 jam yang lalu: 2 cedera dalam kebakaran gudang simpanan bahan kimia 8 jam yang lalu: Cuaca panas: Solat hajat mohon doa kesejahteraan diadakan esok - Na'im 8 jam yang lalu: Mohd Hairi ketuai jentera Pemuda UMNO pada PRN 6 negeri 8 jam yang lalu: Ikat jamin bekas PM Pakistan Imran Khan dilanjutkan lagi

IKUTI KAMI


5 Pemikiran Membina Kerjaya Bagi Lepasan Graduan

Kemahiran yang harus diterima pakai oleh golongan generasi Z untuk membina kerjaya yang berpotensi dan bermanfaat.

Refleksi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2022 9:02AM

Gambar: Pexels

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Apakah cita-cita anda bila dewasa nanti?”. Itulah pertanyaan yang sering tidak dapat kita elakkan sejak kecil. 

Kami percaya ramai yang tidak mempunyai jawapan khusus untuk soalan cepumas yang satu ini, namun ramai juga antara kita sudah menanam cita-cita yang ingin dicapai apabila dewasa.

Pada 2022, generasi Z pula mula memasuki lapangan kerja untuk melakar masa hadapan mereka. Dalam perjuangan mencari jalan kerjaya, majikan masih lagi memilih set kemahiran tertentu.

Bergantung kepada sektor kerjaya yang anda pilih, mungkin terdapat kemahiran, kebolehan dan pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan pekerjaan tersebut.

Gambar: Ekrulila, Pexels
Gambar: Ekrulila, Pexels

Dengan persaingan yang lebih sengit, lepasan graduan perlu melengkapi diri mereka dengan seberapa banyak set kemahiran yang boleh membantu dalam mencapai matlamat mereka.

Menceburi program latihan industri, sukarelawan atau kerja bebas (freelance) dapat memberi anda pengalaman yang berkaitan dengan pekerjaan anda.

Ia turut membantu anda mengukur kemampuan dan membantu mewujudkan hubungan dengan orang-orang industri yang berpotensi menjadi rujukan pekerjaan anda pada masa hadapan.

Berikut lima cadangan dalam membina pemikiran yang boleh memberi manfaat kepada perkembangan kerjaya dan membantu anda menguruskan cabaran pekerjaan di masa hadapan.

#1 Menggilap kemahiran teknologi untuk kekal relevan

Di era 5G ini, amatlah penting untuk anda celik IT. Kemahiran teknologi, terutamanya dalam bidang perkomputeran ialah kemahiran yang berharga.

Lengkapkan diri anda dengan kemahiran asas komputer seperti Microsof Office untuk kerja-kerja pejabat atau Adone untuk kerja kreatif. 

Ia memberi anda peluang untuk bekerja dengan lebih cekap dan pantas. Selain itu, belajar juga kemahiran-kemahiran tambahan komputer untuk anda kekal relevan di lapangan pekerjaan. 

#2 Pentingnya aktiviti sukarelawan

Pengalaman bekerja bukan sahaja boleh diperolehi menerusi bidang profesional, tetapi juga boleh diperolehi daripada sesi interaksi dan komunikasi dengan orang sekeliling.

Aktiviti sukarelawan membolehkan anda membina hubungan dengan individu-individu penting daripada pelbagai latar belakang.

Ia mampu memperluaskan rangkaian sosial dan mendedahkan anda kepada mereka yang mempunyai minat yang sama, sambil melakukan aktiviti-aktiviti santai dan bermanfaat.

#3 Memupuk minda dan sikap yang positif

Walaupun dengan semua pengetahuan yang anda ada, ia mungkin masih kurang mempersiapkan diri anda untuk menghadapi situasi terburuk jika anda tidak mempunyai pemikiran yang tepat.

Di situasi pandemik ini, mungkin ia satu tugas yang sukar bagi sesetengah orang untuk kekal berfikiran positif, tambah-tambah lagi bagi mereka yang mempunyai fikiran negatif.

Berfikiran positif di tempat kerja dapat membantu anda kekal bermotivasi dan mudah bekerjasama dengan orang lain kerana ia mengurangkan tahap tekanan.

#4 Memperkasa program latihan industri

Menggenggam segulung ijazah bukan lagi syarat utama bagi mana-mana lepasan graduan untuk terjun ke bidang pekerjaan.

Ketahuilah, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan, sama harganya dengan keputusan ijazah anda itu tadi.

Apabila sudah memilih kerjaya pilihan anda, latihan industri amat penting. Ia salah satu langkah untuk membantu anda memiliki pengalaman, sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar.

#5 Perolehi pengalaman dan kemahiran secara langsung 

Memasuki program latihan industri sistematik untuk memperhalusi pengetahuan dan kemahiran anda daripada sesi latihan amali sangat penting untuk perkembangan kerjaya.

Program latihan industri berterusan juga yang boleh diceburi oleh golongan generasi Z seperti Malaysian Development Uplift Programme (MDUP) anjuran Manforce Group Berhad.

Mereka yang mahu mengembangkan lagi set kemahiran bagi meningkatkan peluang pekerjaan bolehlah melayari MDUP. - Getaran, 24 Februari 2022

Gambar: Manforce Group Berhad (kecuali tertera)

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Majikan Perlu Sedia Struktur Kemajuan Kerjaya Pekerja - MEF

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Ameyza Cekal Jadi Pengawal Peribadi Jaga Majikan Lelaki

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Majikan Berhentikan Pekerja Tempatan Akan Dibatalkan Kelulusan Kuota

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Majikan Menggaji Graduan Pada Kadar Setimpal Diberi Insentif RM1,800

Sorotan

1

Anwar Umum Peruntukan RM3 Juta Atasi Masalah Air Di UMS

2

Peruntukan Tinggi Untuk Sabah Dan Sarawak Berdasarkan Keperluan - PM

3

Raja Permaisuri Agong Berkenan Melawat Pameran Produk Kraf Jordan Di Amman

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Saringan Faktor Risiko Boleh Kurangkan Risiko Pra-Eklampsia Semasa Hamil

Teknovasi 22 jam yang lalu

Honda Bakal Mengeluarkan Kenderaan EV Kategori Skuter Tidak Lama Lagi, Dapat Permintaan Tinggi Di Eropah

Jika sebelum ini, penulis pernah mengulas secara terperinci tentang sebuah skuter EV keluaran Eclimo, kini Honda pula baru-baru ini telah melancarkan model dua...

oleh Izwan Ramlan