web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


8 Cara Atasi Rasa Rendah Diri

Jangan biarkan diri anda terperangkap dalam rasa rendah diri kerana ia hanya mengundang masalah yang tidak menyenangkan. Hargai diri dan yakinlah setiap insan punya kekuatan tersendiri.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2024 8:15PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasa rendah diri atau kurang percaya dengan kemampuan diri sendiri kadangkala mengundang masalah yang tidak menyenangkan. Contohnya sukar bergaul kerana merasakan diri tidak cukup menarik berbanding orang lain atau tidak menyerlah di tempat kerja kerana berpendapat diri tidak cukup bagus berbanding rakan-rakan sekerja. 

Jangan keliru antara rendah diri dan rendah hati. Rendah diri adalah sikap yang tidak percaya diri dan kerap ditunjukkan di hadapan orang lain. Malah, lebih parah lagi, ramai yang menjauhkan diri daripada lingkungan sosial kerana sentiasa berasa dirinya tidak layak untuk turut serta. 

Sementara rendah hati lebih kepada jauh dari kesombongan, tanpa harus merendahkan dirinya di hadapan orang lain. Satu lagi perbezaan rendah diri dan rendah hati ialah, mereka yang rendah diri selalunya pesimis, manakala yang rendah hati bersifat optimis.

Jadi, bagaimana cara untuk mengatasi masalah rendah diri ini? Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda lakukan. Namun jika ia masih berlarutan, anda dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat profesional. 

1. Hentikan hubungan dengan mereka yang sering  membuatkan anda berasa tidak selesa atau yang suka mengkritik. Contoh, teman lelaki yang selalu membandingkan anda dengan wanita lain.

2. Hargai diri sendiri. Ingat, setiap individu punya kekuatan tersendiri. Ilmu yang anda ada mungkin tidak ada pada orang lain. Jangan takut menyuarakan pendapat. Setiap pendapat tidak ada yang salah atau betul. 

3. Jangan terlalu memaksa diri untuk menjadi seperti orang lain. Sempurna di mata anda, tidak semestinya sempurna di mata orang lain. 

4. Jika di tempat kerja, bersaing secara sihat. Jangan sesekali berniat untuk menjatuhkan orang lain. Jika merasakan orang lain cuba menjatuhkan anda, pastikan anda ‘bermain’ dengan bijak. Lakukan kerja anda dengan bersungguh-sungguh. 

5. Tanamkan dalam fikiran bahawa anda juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang sekeliling. Apa yang anda perlu lakukan ialah berusaha sebaik-baiknya.  Fakta yang anda perlu tahu, orang yang suka memperkecilkan orang lain sebenarnya tidak yakin dengan diri sendiri. Jadi, abaikan individu seperti ini. 

6. Jika rasa rendah diri datang daripada perasaan yang terlalu sensitif atau terlalu mengkritik diri, itu mungkin disebabkan anda terlalu serius terhadap diri sendiri. Jangan ambil kisah dengan gosip-gosip yang ‘berterbangan’. 

7. Jika anda berasa tidak disukai atau tidak diperlukan, itu mungkin kerana mereka meletakkan ekspektasi terlalu tinggi terhadap anda. Jadi, untuk atasi masalah ini, cuba berbincang dan beritahu apa yang anda boleh lakukan.

8. Jika anda sendiri menerima sahaja untuk selalu berada di posisi kedua, bagaimana orang lain mungkin menghargai anda? Ingat! Hanya anda sahaja yang mampu mengembangkan dan memanfaatkan potensi diri. - Getaran, 3 Jun 2024

Sumber: http://www.sparringmind.com/

Kredit foto:  Jackson David, Unsplash

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pusat Jantung Hospital Serdang Hadapi Masalah, 4 Dewan Bedah Tak Boleh Diguna

2

Semasa 2 tahun yang lalu

'Pemaju Residensi Sateria Menyusahkan Kami, Mana Janji Kamu?'

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berang Masalah Masih Tak Selesai, Penduduk Tahan Kenderaan Agong Untuk Mengadu

4

TARA 2 tahun yang lalu

Nyahkan Masalah Insomnia Kalau Tak Nak Kemurungan, Gemuk

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN