web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Perlu Buktikan Dia Lebih Baik - Shahrir Samad

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 8:42PM

Shahrir Abdul Samad - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Terserah kepada barisan Ahli Parlimen UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuktikan kerajaan baharunya lebih berkesan dari kedua-dua kerajaan sebelum ini, kata tokoh veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Shahrir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan UMNO untuk menamakan Ismail Sabri sebagai calon bagi jawatan Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin yassin.

“Yang ditanya untuk menamakan seorang saja calon adalah Ahli Parlimen dan bukan parti. Maka Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan untuk menyerahkan perkara ini kepada Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Umum mengetahui mereka sudah berpecah dalam soal sokongan kepada Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Ada 15 yang bersama MKT UMNO dan menarik balik kepercayaan mereka kepada kerajaan PN manakala 23 lagi, sama ada  mahu menunggu sidang Parlimen September ataupun tetap boleh menerima kerajaan PN kepimpinan Muhyiddin," katanya hari ini.

Shahrir yang merupakan bekas menteri berkata, UMNO berada dalam keadaan luar biasa sejak Pilihan Raya Umum (PRU-14),  apabila berhadapan dengan Ahli Parlimen yang sanggup mengkhianati parti tersebut serta mandat rakyat, dengan memilih untuk melompat parti.

“Pada waktu itu, sebanyak 15 ahli berhijrah ke PPBM, seorang ke WARISAN. Itu di peringkat Parlimen. Di Sabah, (lompat parti) sehingga (menyebabkan) bertukar kepimpinan di peringkat bahagian.

“Setelah Langkah Sheraton, ada Ahli Parlimen UMNO yang kembali merasa jawatan dalam kerajaan atau badan-badan berkaitan kerajaan," katanya.

Shahrir menarik perhatian, kedudukan UMNO dan BN bersama kerajaan baharu kepimpinan Muhyiddin tidak berasaskan kepada sebarang perjanjian gabungan.

"Ia semata-mata berasaskan persetujuan parti untuk bersama-sama PPBM, PAS dan GPS membentuk sebuah kerajaan,” katanya.

Jelas beliau, perbezaan pendirian antara Ahli Parlimen UMNO dengan parti mula ketara usai Perhimpunan Agong UMNO 2020, apabila timbul pendapat bertentangan dari pelbagai sudut pelaksanaan usul PAU 2020.

“Perbezaan pendirian antara Ahli Parlimen dengan parti adalah sesuatu yang baharu bagi UMNO.

“Buat masa ini, parti memberi kelonggaran untuk Ahli Parlimen kekal bersama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam kerajaan pimpinan Ismail Sabri," katanya.

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu turut mengucapkan tahniah kepada kepimpinan parti yang sentiasa menekankan kepada sikap dan pendirian cara bersama atau 'enbloc'.

“Tahniah kepada Datuk Seri Ismail Sabri dan mereka yang akan diamanahkan dengan tanggungjawab serta tugas kerana dipilih untuk memimpin gabungan BN-PN-GPS,” katanya.

Ismail Sabri kini mendapat 114 sokongan berbanding 105 yang diperoleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Serentak dengan itu, beliau dikatakan sudah memiliki majoriti untuk menyandang jawatan Perdana Menteri. - Getaran, 19 Ogos 2021


 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan