web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yakin Muhyiddin Letak Jawatan, Anwar Ibrahim, Ku Li Paling Layak - Pakar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 12:57PM

Muhyiddin dikatakan akan menawar untuk meletak jawatan hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teka-teki sama ada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan atau tidak semakin hangat, apatah lagi dengan mesyuarat kabinet yang berlangsung hari ini.

Penganalisis Politik, Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, dia juga yakin bahawa Muhyiddin bakal membuat pengumuman peletakan jawatan hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya pagi tadi.

“Sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan, barangkali kerajaan perlu lihat menerusi budi bicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memilih siapa yang layak dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Pada pendapat saya, perjumpaan mereka pada hari ini adalah untuk membincangkan apakah tindakan susulan selepas Perdana Menteri meletakkan jawatan, kerana kabinet secara automatik akan terbubar dengan sendirinya,” katanya kepada Getaran di sini.

Menurut beliau, dua pemimpin yang dilihat paling layak dilantik sebagai Perdana Menteri ketika ini ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Dr Awang Azman Awang Pawi
Dr Awang Azman Awang Pawi

“Nama kedua-dua pemimpin ini sering menjadi sebutan untuk mentadbir negara kerana Anwar Ibrahim, selaku pemimpin yang disebut oleh Pakatan Harapan (PH) adalah calon paling sesuai, malah mendapat sokongan padu banyak pihak.

“Ku Li pula kelihatan agak natural dalam konteks politik berbanding yang lain, malah kesetiaan beliau untuk negara dilihat sangat penting kerana berupaya melakukan gencatan politik buat sementara waktu,” katanya.

Dr Awang bagaimanapun menambah, keputusan akhir bagaimanapun terletak kepada perkenan dan budi bicara Agong.

“Saya lihat, sekiranya  Muhyiddin meletakkan jawatan, itu sebenarnya merupakan perkara biasa dalam amalan demokrasi, pemimpin datang dan pergi, parti bersilih ganti memerintah tetapi rakyat serta negara memerlukan kepimpinan yang lebih baik daripada sebelumnya.

“Ini adalah harapan rakyat untuk melihat bahawa isu negara lebih baik ditadbir oleh pemimpin lain, dan berharap agar kepimpinan baharu akan memberikan impak yang baik kepada rakyat serta ekonomi negara,” ujarnya.

Muhyiddin dikatakan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berhubung  peletakan jawatan dan pengumuman rasmi dijangka menyusul selepas pertemuan itu.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya kini terumbang ambing setelah dilaporkan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, susulan 15 Ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri.

Jumaat lalu, Muhyiddin membuat pelbagai tawaran kepada pembangkang dan UMNO, termasuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Julai depan, peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen dan melaksanakan beberapa pembaharuan demokrasi.

Semua itu bakal diberikan jika mereka memberikan sokongan terhadap usul undi percaya di Parlimen.

Bagaimanapun, tawaran itu ditolak oleh semua parti pembangkang dan pimpinan UMNO yang mendakwa, ia cubaan Muhyiddin untuk memberi rasuah secara terbuka agar kekal berkuasa. - Getaran, 16 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 18 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad