Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tamak Kuasa Hancurkan UMNO - Pakar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 8:00AM

Situasi yang dihadapi UMNO ketika ini adalah berlainan apabila ia melibatkan perbezaan pandangan dan tindakan Presiden serta ahlinya yang memegang jawatan menteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Melihat perbezaan pendapat dan pergolakan dalaman antara ahli UMNO hari ini yang seperti tiada kesepakatan, wujud persoalan utama apa sudah jadi dengan parti diasaskan pada 11 Mei 1946 itu.

Umpama sudah terang lagi bersuluh, perang dingin antara dua tonggak kanan UMNO, iaitu Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyaksikan masing-masing mempunyai pengikut tersendiri, jelas kelihatan.

Kemelut dihadapi parti itu bertambah buruk apabila Ahmad Zahid mengumumkan penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN), manakala Ismail Sabri kekal dengan prinsip mahu bersama kerajaan untuk terus menangani pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi demi rakyat.

Apakah nasib masa depan UMNO dan adakah masih relevan sebagai ‘parti keramat orang Melayu’ untuk memperjuangkan nasib anak bangsa, padahal konflik dalaman sendiri masih tiada penghujungnya?

Prof Dr Kartini Aboo Talib
Prof Dr Kartini Aboo Talib

Seperti dikatakan Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Kartini Aboo Talib, keretakan dan perpecahan parti yang menggabungkan puluhan persatuan berbeza suatu ketika dahulu sudah lama berlaku, jika disingkap secara ringkas perjalanan UMNO.

“Kita tengok sendiri kalau kita analisis UMNO, keretakannya berlaku sejak dulu dari UMNO lama dan UMNO baharu, iaitu daripada parti ini lahirnya Semangat 46 (S46) dan Tengku Razaleigh Hamzah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang ditubuhkan Tun Mahathir Mohamad.

“Jadi adil untuk mengatakan UMNO adalah sebuah gerakan sosial yang bertahan dan biasa dengan keadaan keretakan serta perpecahan dalaman ini," katanya kepada Getaran.

Situasi dihadapi UMNO ketika ini jelas Kartini, agak berlainan apabila ia melibatkan perbezaan pandangan dan tindakan Presiden serta ahlinya yang memegang jawatan menteri.

"Namun pada saya, keputusan Ismail Sabri adalah bijak kerana mengutamakan keperluan rakyat, sedangkan Ahmad Zahid tidak rasional dan hanya dipengaruhi emosi,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Ahmad Zahid seolah-olah menjadi diktator yang cuba mengarah dan menentukan, apa perlu dilakukan atau dituruti ahli parti.

Jelasnya, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu harus ingat, taat setia dan rasa hormat ahli UMNO kepada Presiden tidak perlu membuta tuli sebaliknya mengikut kewajaran sebenar.

Sikap Ahmad Zahid, katanya, menyaksikan kepimpinan beliau sebagai orang nombor satu UMNO dipertikai daripada segi dedikasi dan kewibawaan, selepas beberapa siri kesalahan membabitkan integriti terhadap parti dan ahli.

“Justeru, sebaiknya nasihat saya untuk Ahmad Zahid, beliau perlu meletakkan jawatan selaku Presiden UMNO dengan cara terhormat kerana jasanya akan dikenang dan beliau pastinya lebih dihormati.

“Sekiranya benar perjuangan Ahmad Zahid selama ini untuk bangsa, agama dan negara, maka beliau perlu berbuat demikian (melepaskan jawatan secara terhormat) serta menumpukan tenaga dan usaha berhubung kes mahkamahnya," tegasnya.

Kartini menarik perhatian, ilmu politik rakyat tidak boleh dipandang rendah kerana kadar literasi politik yang tinggi, menyebabkan mereka lihat dan sedar akan perkembangan semasa. 

Kemelut dalaman UMNO semakin serius selepas Ahmad Zahid mengumumkan bahawa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu memuktamadkan keputusan untuk menarik semula dan menamatkan sokongan terhadap Perdana Menteri secara serta-merta bulan lalu. 

Susulan itu, dua anggota Kabinet Muhyiddin daripada UMNO, iaitu Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, bertindak meletakkan jawatan, masing-masing pada 3 Ogos dan 6 Ogos lalu.

Ia disusuli peletakan jawatan beberapa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dari beberapa institusi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bagaimanapun, 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) diketuai Ismail Sabri yang juga Timbalan Perdana Menteri tetap menyokong kerajaan PN sehingga keabsahan Muhyiddin serta Kabinetnya ditentukan pada sidang Parlimen September ini, seperti diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, kemelut dalaman UMNO akan menjadikan keretakan sedia ada lebih serius.

Katanya, tindakan pemimpin UMNO yang dilihat tidak bersatu hati boleh membawa kepada risiko memporak-perandakan dan meruntuhkan parti.

Mazlan berkata, pendekatan digunakan Ahmad Zahid yang mengepalai UMNO juga disifatkan kasar apabila mahu Ahli Parlimen dari parti itu mengikut arahan dan telunjuknya.

Tindakan UMNO juga jelasnya, membayangkan seolah wujud dua kumpulan berbeza yang tidak lagi sehati dalam menggerakkan parti.

 “Cara Ahmad Zahid pun kasar pada saya, beri kata dua macam itu, padahal beliau sendiri sebelumnya menyatakan UMNO memberi sokongan terhadap kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) depan.

“Saya pun tak faham kenapa nak ambil tindakan macam ini (ada kumpulan berbeza) yang boleh merosakkan UMNO dan boleh meruntuhkan parti,” katanya.

Pada masa ini, Mazlan berkata, UMNO sepatutnya memberi tumpuan kepada isu rakyat dan menangani COVID-19, bukan sibuk berebut kuasa.

“Patut utamakan rakyat, bersatu hati untuk sementara sehingga September, bukan berbalah suruh letak jawatan atau sebagainya sampai dilihat seperti sibuk mahu kuasa,” katanya. - Getaran, 9 Ogos 20

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP