web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Bohong Kepada Agong - Majlis Presiden PH

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 4:38PM

Majlis Pakatan Harapan berkata tindakan dilakukan Muhyiddin sewaktu sesi menghadap baginda semalam, adalah penderhakaan tertinggi terhadap ketua utama negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa mengelirukan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila tidak bercakap benar mengenai jumlah sokongan majoriti dimiliki.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, tindakan dilakukan Muhyiddin sewaktu sesi menghadap baginda semalam, adalah penderhakaan tertinggi terhadap ketua utama negara dan tidak patut dimaafkan.

Menurut majlis, tindakan tegas perlu diambil atas semua pembohongan yang dilakukan Muhyiddin dan kuncu-kuncunya.

“Perkara ini boleh disahkan tanpa sebarang keraguan dengan mengadakan sidang khas Parlimen dengan satu urusan saja, iaitu membentang, membahas dan memutuskan undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin.

“Tindakan menangguhkan undi tidak percaya sehingga September adalah amat tidak wajar. Isu sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin dan kestabilan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mesti diputuskan sekarang,” kata majlis.

Kenyataan bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu turut mendesak tindakan tegas diambil terhadap penipuan peringkat tertinggi tersebut.

“Kami berpandangan mesti ada tindakan tegas terhadap penipuan yang dilakukan di peringkat tertinggi sehingga sanggup tidak bercakap benar dan mengelirukan Agong,” katanya.

Majlis Presiden itu berkata lagi, segala isu membabitkan kestabilan dan keberkesanan kerajaan tidak akan dapat diselesaikan selagi sidang khas Parlimen ditangguhkan.

Katanya, Raja-Raja Pemerintah sudah bertitah pada 16 Jun lalu mengenai kepentingan untuk memiliki kerajaan yang stabil, dan mendapatkan keyakinan serta sokongan majoriti rakyat.

Jelasnya, keadaan rakyat yang tertekan akibat masalah ekonomi dan pandemik COVID-19, termasuk jumlah kes serta kematian begitu tinggi setiap hari, mewajibkan perkara berkenaan diselesaikan segera.

“Majlis Presiden PH mengulangi pendirian bersama semua parti di bawah blok pembangkang, termasuk Ahli Parlimen yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin, untuk mendesak sidang khas Parlimen diadakan pada Isnin depan bagi memutuskan isu ini.

“Kami turut memohon semua penjawat awam, terutamanya badan penguat kuasa agar bertindak secara profesional, neutral dan tidak sesekali mengikut selera politik parti pemerintah sekarang untuk menekan atau mengugut Ahli Parlimen, khususnya dalam hal sokongan terhadap Perdana Menteri,” katanya. - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 3 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95