web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan PN Masih Ada Majoriti Tidak Benar - Zahid Hamidi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 10:04PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai majoriti adalah tidak benar.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata, PN sebelum ini cuma memiliki sokongan 114 Ahli Parlimen dan beliau sendiri mempersembahkan warkah penarikan sokongan Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Sebelum ini PN hanya mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokong. Saya sudah mempersembahkan warkah yang melampirkan lapan (Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai 2021) bagi menzahirkan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

"Ini cukup untuk menunjukkan kepemimpinan beliau sudah hilang majoriti, biarpun sebenarnya jumlah berkenaan melebihi daripada itu," katanya di sini hari ini.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin hari ini mengumumkan bahawa mereka masih diberi kepercayaan majoriti barisan Ahli Parlimen untuk terus mentadbir negara.

Pengumuman itu dibuat Muhyiddin menerusi sidang media secara maya selepas beliau menghadap Seri Paduka Baginda pada jam 11 pagi tadi.

Ahmad Zahid berkata, beliau mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini, bagi mempersembahkan surat akuan tambahan.

"Selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021 untuk menarik semula sokongan terhadap kerajaan PN dan Perdana Menteri atas asas mahu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, jumlah surat akuan Ahli Parlimen UMNO bertambah lagi.

“Susulan itu, UMNO mencabar kerajaan untuk segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membuktikan Perdana Menteri masih mempunyai majoriti tanpa menunggu sehingga persidangan September nanti” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau dalam satu kenyataan kepada The Vibes enggan mendedahkan jumlah sebenar Ahli Parlimen yang menarik semula sokongan mereka, tetapi memberi bayangan bahawa bilangan itu melebihi daripada lapan.

“Saya tidak boleh mendedahkan (nombor) kepada anda, tetapi sudah tentu melebihi lapan seperti diumumkan Muhyiddin.

“Saya hanya boleh mendedahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong, (hanya) baginda mempunyai hak untuk mengetahuinya,” katanya.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan berdepan ‘akibat’ ekoran tindakannya muncul pada sidang media Muhyiddin kerana dilihat memberi sokongan terhadap Perdana Menteri dan PN.

Akibat itu, adalah natijah yang perlu ditanggung Ismail Sabri selepas menyatakan persetujuan terhadap keputusan MKT untuk menarik semula sokongan terhadap PN.

“Ismail Sabri berada dalam mesyuarat dan bersetuju dengan keputusan MKT untuk tarik sokongan daripada PN, malah memberitahu ahli MKT yang beliau akan menuruti (segala) keputusan parti.

“Sebarang tindakan yang bakal dikenakan ke atas beliau akan dibuat berpandukan Perlembagaan parti," tegasnya.

Menurut Zahid, ada akibat yang perlu ditanggung Timbalan Perdana Menteri itu kerana tidak menyokong keputusan dibuat MKT.

“Saya akan menyerahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin parti untuk menilai keputusan dibuat beliau itu,” katanya. - Getaran, 4 Ogos 2021

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad