web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zuraida Biadap Dan Angkuh - Hans Isaac

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 11:53AM

Hans berkata kenyataan yang dibuat Ahli Parlimen Ampang itu jelas angkuh. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin yang mempertahankan pembatalan Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai biadab, apatah lagi apabila ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengerusi Pertubuhan Kita Budak Ampang, Datuk Gerald Hans Isaac berkata, Ahli Parlimen Ampang itu juga jelas angkuh apabila mengharapkan Seri Paduka Baginda menghubungi Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan.

Menurut beliau, dakwaan Zuraida bahawa Yang di-Pertuan Agong melakukan kekhilafan amat tidak boleh diterima akal.

“Kenyataan yang menyebut antaranya Seri Paduka Baginda Yang melakukan kekhilafan ketika menasihati kerajaan dan perlu merujuk kepada kerajaan sebelum membuat kenyataan umum berhubung pembatalan darurat adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan prinsip menghormati Institusi Diraja sebagai sebahagian dari struktur negara,” katanya di sini.

Hans yang juga penerbit dan pelakon berkata, beliau amat berdukacita dengan sikap seorang pemimpin yang sepatutnya membawa obor menghormati kedaulatan undang-undang tetapi bersikap sebaliknya.

“Perilaku ini menggambarkan beliau tidak menghormati penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun ini.

“Dengan sepenuh jiwa, saya menjunjung taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai payung yang menaungi kedaulatan negara Malaysia,” ujarnya.

Zuraida dalam satu program bual bicara bersama Astro Awani pada 2 Ogos lalu dilaporkan berkata, pembatalan Proklamasi dan Ordinan-Ordinan Darurat oleh kerajaan PN bukan satu kesalahan, kerana sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Beliau juga menyifatkan kenyataan dikeluarkan Istana Negara berhubung cadangan pembatalan ordinan darurat pada 29 Julai lalu sebagai tidak “tidak wajar” (not proper).

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong, perlu menurut nasihat kabinet dalam kebanyakan perkara, termasuk mendapatkan penjelasan daripada kabinet terlebih dahulu sebelum mengeluarkan titah.

Zuraida yang juga bekas naib presiden PKR sebelum ini telah meninggalkan parti itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). - Getaran, 4 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 2 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai