Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ogos Menjelang, Adakah Zahid Kekal Malang?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Aug 2021 12:15PM

Zahid Hamidi - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malang benar nasib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kebelakangan ini.

Sudah dua kali beliau menggesa pemimpin UMNO khususnya buat mereka yang berada dalam barisan Jemaah Menteri untuk menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, buat masa ini tiada sebarang petanda bahawa arahan beliau akan dituruti.

Malah, kenyataan dari Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini seolah-olah mengukuhkan lagi gambaran perihal pengaruh Zahid yang kian goyah dalam UMNO.

Menurut Ismail Sabri yang menjawat beberapa jawatan penting termasuk Ketua Whip Blok Kerajaan di Dewan Rakyat, Naib Presiden UMNO dan juga Timbalan Perdana Menteri, kesemua 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sebulat suara menyokong Kerajaan pimpinan Muhyiddin.

Pendirian itu dizahirkan selepas Yang di-Pertuan Agong meluahkan rasa amat dukacita dengan pembatalan ordinan-ordinan darurat yang telah dimasyhurkan tanpa mendapat perkenan Baginda.

Pemerhati politik, Professor Awang Azman Pawi berpendapat, layanan yang kelihatan seperti acuh tak acuh terhadap Zahid oleh segelintir pemimpin UMNO itu bukanlah sukar untuk dirungkaikan.

“Perkara ini berlaku kerana dalam sejarah UMNO, inilah kali pertama presiden tidak menjadi Perdana Menteri.

“Apabila tidak dilantik jawatan Perdana Menteri maka, tidak hairanlah semua pemimpin UMNO yang menjadi Menteri dan Timbalan Menteri tidak mengikut kata presiden lagi,” kata Awang Azman.

Kali pertama Zahid mengumumkan penarikan sokongan kesemua Ahli Parlimen UMNO terhadap Muhyiddin, namun masih kekal menyokong Perikatan Nasional (PN) adalah pada 8 Julai lalu, selepas satu Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi yang berakhir lewat malam.

Meskipun beliau menegaskan bahawa pendirian ini seiring dengan mandat sebulat suara perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) yang berlangsung pada Mac lalu, ia sebenarnya bercanggah.

Ketika PAU 2020, Zahid berkata UMNO akan menarik diri Kerajaan PN secara total jika gabungan politik itu gagal memberikan petunjuk terhadap tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

“Sudah pasti ahli parti yang ingkar arahan presiden perlu diambil tindakan khususnya untuk tidak dicalonkan semula dalam PRU15 kerana watikah pelantikan ialah bidang kuasa presiden parti,” kata Awang Azman.

Pemecatan ahli UMNO bukanlah sesuatu yang tidak pernah berlaku, malah Muhyiddin yang sekarang merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia adalah bekas Timbalan Presiden yang dipecat pada 24 Jun 2016.

Bagaimanapun, penganalisa politik bebas, Dr Azmi Hassan, berpendapat bahawa belum tiba masanya untuk UMNO mengenakan sebarang langkah disiplin kepada pemimpin-pemimpin yang tidak akur dengan pendirian parti.

Jelas Azmi, buat masa ini tiada siapa yang betul-betul boleh mengenal pasti mana siapakah di antara Ahli Parlimen UMNO yang tidak mentaati pendirian parti.

“Kecuali tiba waktu untuk satu pengundian spesifik dilaksanakan di Dewan Rakyat, contohnya seperti undi percaya terhadap Muhyiddin yang diusulkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden PKR).

“Malah, selepas pengundian itu berlaku, barulah kita juga dapat menilai kedudukan dan kekuatan pengaruh Zahid sebagai presiden UMNO,” jelas Azmi.

Jika apa yang ditegaskan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hassan di PAU 2020 itu benar, maka bulan Ogos inilah “deadline” buat sokongannya kepada Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

“UMNO tidak boleh main silat lidah sahaja. Jika kita setuju untuk tarik diri pada bulan lapan, maka kita kena tarik pada bulan lapan. Apa guna jadi gajah kalau masuk hutan satu ranting pun tak patah,” tegas Mohamad ketika menggulung ucapannya di PAU 2020.

Buat masa ini populariti Kerajaan pimpinan Muhyiddin telah menjunam gara-gara kenaikan mendadak kes jangkitan COVID-19 yang telah melebihi satu juta, kelembaman ekonomi dan juga krisis perlembagaan membabitkan Baginda Agong minggu lepas.

Salah satu perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan.

Kalau ia terus bersama-sama dengan kelompok yang telah mendukacitakan Agong bukankah ini bercanggahan dengan teras parti itu?

“UMNO sebagai sebuah organisasi telah menyatakan sokongannya terhadap Istana tanpa berbelah bagi (dalam isu pembatalan darurat tanpa perkenan Agong).

“Yang belum menyatakan pendirian adalah Ahli Parlimen mereka dalam Kerajaan.

“Kalau UMNO bijak mengatur strateginya, kemungkinan besar parti itu boleh menjadi ‘kingmaker’ dalam hal ini,” kata Azmi. - Getaran, 1 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

BN Hormati Kerusi DUN Milik Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan, Sokong Bakal Calon

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Rayu Keputusan Kembalikan Kes Guna Kedudukan Untuk Suapan Ke Mahkamah Sesyen

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Spanco: Muhyiddin Akan Dipanggil Bantu Siasatan Jika Ada Keperluan - Azam

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh Pencari Besi, Peniaga Warung Terlepas Hukuman Mati

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Semasa 11 jam yang lalu

Orang Ramai Perlu Berani Lapor Kes Dera – Nancy

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA