web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Ada Kualiti Pemimpin, Kata Ku Li

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 3:07PM

Ku Li mengaku yang setiap individu mempunyai pandangan berbeza tentang pemimpin yang diingini. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki kualiti untuk menjadi pemimpin negara, kata tokoh politik veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Gua Musang itu, setiap individu mempunyai pandangan berbeza tentang pemimpin yang diingini.

“Saya rasa dia ada kualiti. Tapi ada orang mempunyai pandangan yang berlainan. Dia (Anwar) juga ramai pengikut. Tetapi pengikut ini kita tak boleh nak harap sangat. Hari ini dia okey dengan kita, esok dia tak okey dengan kita.

“Bergantung kepada apa yang kita bersuara, apa yang kita pegang sebagai perjuangan kita. Jadi, fikiran dia (pengikut) akan berubah-ubah. Tapi apa-apa pun Anwar is a good man dari segi leadership,” katanya seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.

Menurut portal berita itu, berdasarkan kaji selidik pihaknya, Anwar menjadi pilihan utama netizen sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Ia berikutan apabila beliau memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak dengan jumlah 24.54 peratus.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat 14.55 peratus undian sementara Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga keempat dengan 6.74 peratus.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin memperoleh sebanyak 4.57 peratus undian, manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan 3.89 peratus. - Getaran, 8 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad