web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahli Majlis Tertinggi UMNO Berdiam Diri Selepas Pertemuan Rahsia

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2021 4:35PM

Gambar hiasan dari AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak mahu memberikan komen berikutan pertemuan rahsia yang diadakan di Wisma Perwira, yang tamat sebelum tengah malam tadi.

Difahamkan pertemuan itu berakhir kira-kira jam 11.30 malam dengan pemimpin, termasuk Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meninggalkan mesyuarat berkenaan pada jam 9 malam.

Kenderaan membawa para pemimpin itu dipercayai meninggalkan kawasan tersebut menggunakan pintu keluar alternatif.

The Vibes memetik sumber, yang berkata pemimpin terbabit berkumpul untuk mendesak Zahid agar tidak membuat keputusan terburu-buru berhubung penarikan diri daripada Perikatan Nasional (PN).

Ini berikutan cadangan Presiden UMNO itu untuk mengeluarkan parti berkenaan daripada kerajaan PN minggu ini.

Beberapa Ahli Parlimen, antaranya ahli Majlis Tertinggi, memaklumkan kepada Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa perubahan dalam pemerintahan ketika pertengahan pandemik ini adalah tidak produktif.

Pemimpin yang lain juga berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus diberi ruang untuk terus memimpin kerajaan, tetapi perlu ada pelan peralihan kerana Presiden BERSATU itu kurang sihat sejak kebelakangan ini dan kini berada di hospital untuk tempoh hampir seminggu.

Ia membuka perbincangan mengenai pelantikan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.

Antara pemimpin yang hadir pada mesyuarat itu adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Pemimpin UMNO berkumpul bersama dan secara berasingan

Sebelum pertemuan rahsia itu berlangsung, beberapa mesyuarat dikatakan telah berlangsung di sekitar ibu negara, dengan pemimpin dan ahli cuba mengumpul sokongan daripada 35 ahli Majlis Tertinggi, sama ada kekal atau keluar dari PN.

Zahid dan Najib dikatakan telah bertemu dengan kumpulan kecil parti berkenaan di ibu pejabat parti tersebut untuk mendapatkan sokongan bagi memutuskan hubungan dengan BERSATU dan membentuk gabungan baru, termasuk dengan PKR.

Hishammuddin, calon bukan pilihan untuk menjadi Perdana Menteri jika majoriti 37 Ahli Parlimen UMNO memilih untuk kekal dengan PN, juga dikatakan berada dalam beberapa pertemuan itu.

Perjumpaan yang berasingan ini menunjukkan perbalahan yang jelas tentang masa depan parti tersebut. - Getaran, 6 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 39 minit yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 15 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad