web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Krisis Politik Negeri Sembilan: PM, Zahid Bertemu Di Putrajaya?

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2026 9:28PM

Gambar akaun X Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan bertemu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Bangunan Perdana Putra, dipercayai untuk berbincang mengenai kemelut politik di Negeri Sembilan.

Getaran difahamkan, mesyuarat itu berlangsung sejurus selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Anwar.

Berdasarkan gambar dikongsi Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dengan kapsyen 'sedang dijalankan', ‘pertemuan’ berkenaan turut dihadiri Menteri Pengangkutan Anthony Loke, yang juga Setiausaha Agung DAP, dan Menteri Dalam Negeri merangkap Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Terdahulu, Anwar berkata beliau dijangka bertemu Ahmad Zahid, yang juga Presiden Umno, hari ini untuk membincangkan perkembangan di Negeri Sembilan.

Perkara terbabit disahkan Ahmad Zahid, tetapi beliau enggan mendedahkan lokasi dan masa mesyuarat itu.

Semalam, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan menarik semula sokongan ke atas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias ​​dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara membabitkan kesemua 14 ADUN Umno/BN di Negeri Sembilan berikutan kemelut adat yang berlaku ketika ini. 

Bagaimanapun, Aminuddin dalam sidang medianya memberitahu, beliau akan terus mentadbir negeri itu sebagai kerajaan minoriti. 

Katanya, perkembangan terkini mengenai kedudukan semasa ADUN yang menyokongnya telah dimaklumkan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. – Getaran, 28 April 2026

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

2

Politik 3 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

3

Semasa 3 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

4

Semasa 6 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

5

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

6

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 3 Dekad Terbiar, Highland Towers Akhirnya Bakal Dirobohkan

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 minit yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad