web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BN Sedia Lakukan Penjenamaan Parti Seiring Perkembangan Semasa - Ahmad Zahid

Politik Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2025 3:13PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Barisan Nasional (BN) bersedia untuk melakukan penjenamaan semula atau membentuk satu entiti baharu selaras dengan perkembangan landskap politik semasa dan kekangan peruntukan perlembagaan gabungan itu.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibincangkan dalam Dewan Tertinggi BN memandangkan perlembagaan gabungan yang digubal sejak 51 tahun lepas menetapkan sebarang perubahan hanya boleh dibuat dengan persetujuan sebulat suara semua parti komponen.

"Kemasukan parti-parti Friends of BN atau dikenali sebagai ahli bersekutu BN untuk menjadi ahli teras tidak dapat dibuat disebabkan oleh kekangan pada Perlembagaan BN itu.

"Tiba masanya setelah kita mengadakan perbincangan dalam Dewan Tertinggi BN, sama ada untuk melakukan penjenamaan semula atau mempunyai satu bentuk entiti yang berbeza daripada sekarang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Makkal Sakti ke-17, di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Presiden Makkal Sakti Datuk Seri R S Thanenthiran.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau menghargai ketaatsetiaan dan kesabaran rakan-rakan pimpinan dalam Friends of BN sehingga perubahan dalam BN dilakukan.

BN hanya mempunyai empat parti teras, iaitu UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), manakala Friends of BN berada dalam kategori parti bersekutu.

Mengenai status MIC dalam BN, beliau berkata setakat ini tiada keputusan muktamad dibuat mengenai kedudukan parti itu, walaupun tersebar salinan surat berhubung permohonan semula parti itu untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

"Kita tahu bahawa MCA dan MIC berada dalam Perikatan ketika kemerdekaan dituntut dan BN yang mempunyai sejarah tujuh dekad.

"Kalau kepimpinan sekarang memutuskan sebaliknya kerana perwakilan telah memberikan kuasa mutlak kepada kepimpinan parti untuk membuat keputusan, maka saya ingin mengulangi bahawa jika mereka (MIC) tidak dapat membuat keputusan, kami akan buat keputusan," katanya.

Menyentuh pendirian MCA yang menyatakan ketidakselesaan bekerjasama dengan DAP, Ahmad Zahid berkata sebagai sebuah gabungan, BN sentiasa mengutamakan kepentingan parti-parti komponennya, termasuk dalam rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

2

Politik 9 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

3

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

4

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar