web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘PMX Komited, Sanggup Dengar Suara Rakyat’ - Pemimpin Muda

Politik Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2025 4:38PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pujian penimpin muda Sabah, yang menyifatkan beliau sanggup mendengar suara rakyat tanpa mengira latar belakang. 

Setiausaha Biro Guaman & Aduan Awam Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, May Eva Sofea Zainal Abidin berkata, Anwar lebih terbuka dalam membincangkan hal ehwal hak Sabah berbanding pemimpin serta pentadbiran terdahulu.

Menurut beliau, Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 tidak pernah menerima sebarang perhatian sebelum ini, namun kehadiran Anwar mengubah senario itu.

“Masih banyak yang perlu dilakukan untuk Sabah, tapi kami percaya PMX mampu melaksanakannya dan mengotakan semua janji,” katanya.

May Eva menyatakan demikian dalam episod terkini podcast Kerusi Biru yang dikendalikan Timbalan Setiausaha Agung PKR, Aidi Amin Yazid.

Katanya, generasi muda dan rakyat Sabah umumnya hanya mahukan sebuah negeri dibarisi pengundi berinformasi.

“Kami juga mahukan pemimpin yang komited mempertahankan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menggesa bakal Ketua Menteri Sabah meletakkan MA63 sebagai teras pentadbiran.

Tegasnya, masih ramai rakyat Sabah yang kurang memahami sepenuhnya perjanjian tersebut walaupun ia telah lama wujud.

“MA63 isu yang sangat lama, tetapi ramai orang di Sabah tidak memahaminya. Ketua Menteri mesti menuntut hak kita apabila kerajaan baharu dibentuk,” katanya.

Dalam hal ini jelas peguam muda itu, pendidikan untuk pengundi amat perlu diberi perhatian. 

“Kepada pengundi Sabah, sila amalkan budaya membaca. Jangan (hanya) bergantung pada TikTok. Baca lebih daripada satu sumber dan buat kajian. Apabila mengundi, jangan ikut orang lain. Mengundilah dengan ilmu, bukan emosi,” tegasnya.

Sambil mengakui Sabah masih belum menemui “rentaknya”, beliau bagaimanapun optimis peningkatan kesedaran politik dalam kalangan pengundi muda mampu membawa perubahan bermakna.

“Pengundi muda hari ini lebih peka dan mereka tahu apa yang mereka mahukan,” katanya.

Pendapat senada diluahkan aktivis Atalia Mae Albert Jaua-Mojuntin yang berkata, Sabah memerlukan kepimpinan yang benar-benar fokus kepada mempertahankan kepentingan negeri itu.

Katanya, belia Sabah berdepan cabaran besar untuk melakukan pembaharuan dalam landskap politik negeri, memandangkan politik dinasti masih berakar umbi.

“Perjalanan masih panjang untuk anak muda. Politik Sabah bersifat dinasti, dan cabaran besar menanti mereka yang ingin melihat Sabah baharu,” katanya.

Ditanya sama ada Sabah telah maju sejak kemerdekaan, Atalia enggan berselindung.

“Jawapannya ialah tidak, belum lagi. Kita belum sampai ke tahap itu. Kita masih belum menemui rentak kita, tetapi kita yakin dengan Anwar sebagai peneraju,” tegasnya. - Getaran, 27 November 2025

Berita Berkaitan

1

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

2

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

3

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

4

Politik 7 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar