web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kongres Nasional PKR Diteruskan Dengan Sesi Perbahasan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2025 12:17PM

Perdana Menteri turut menghadiri Kongres Nasional PKR hari ini - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2024/2025 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, diteruskan pagi ini dengan sesi perbahasan ucapan dasar Presiden.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, sesi perbahasan yang bermula pada 9.20 pagi itu membabitkan seramai 16 pembahas dari negeri, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan juga Wanita.

Antara topik yang akan disentuh para pembahas ialah strategi jangka panjang untuk membina Malaysia majmuk, peranan bersama semua anggota dalam menyusun semula kekuatan parti, inisiatif negeri sebagai bukti keupayaan keadilan menjadi kerajaan berwibawa serta peranan parti, rakyat, dan negara.

Turut disentuh perwakilan adalah mengenai subsidi, upah dan kos sara hidup, Pilihan Raya Negeri Sabah, Islam dalam pentadbiran negara dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Selepas tamat sesi perbahasan, Pengerusi Tetap Datuk Ahmad Kassim akan mengumumkan pembubaran Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2022-2025, diikuti sesi pengundian Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap bagi sesi 2025-2028.

Kongres diteruskan dengan pengumuman Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap yang baharu oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Sejurus itu, MPP yang baharu akan mengambil tempat di atas pentas menggantikan MPP terdahulu.

Pada keputusan rasmi pemilihan semalam, Anwar yang juga Menteri Kewangan menang tanpa bertanding jawatan Presiden, manakala Nurul Izzah Anwar dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baharu menggantikan Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi.

Tiga penyandang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang masing-masing berjaya mempertahankan jawatan Nail Presiden.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan menjadi muka baharu yang berjaya mendapat mandat daripada perwakilan untuk menggalas tanggungjawab Naib Presiden menggantikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim dan Ketua Cabang Ampang Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet juga antara muka baharu yang berjaya menempatkan diri dalam MPP pada pemilihan kali ini.

Selain itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim juga diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua AMK, manakala Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berjaya mempertahankan jawatan Ketua Wanita pada pemilihan kali ini menewaskan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail.

Pemilihan kepimpinan sesi 2025-2028 menyaksikan seramai 251 calon menawarkan diri bertanding yang merangkumi 104 pencalonan bagi Majlis Pimpinan Pusat, 85 untuk Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan dan 62 bagi Majlis Pimpinan Wanita.

Kongres Nasional akan berakhir hari ini dengan sesi penggulungan oleh pimpinan parti yang baharu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

2

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

3

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

4

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad