web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sokong Pemimpin Hak Rakyat, Malaysia Perlu Berubah

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 7:36AM

Afdlin berkata perubahan perlu dalam merencana masa depan negara. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat berhak menyokong sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk mengepalai jentera pentadbiran negara, asalkan perkara itu menyumbang ke arah kebaikan.

Pengarah, pelakon dan penyanyi, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, tidak ada pihak yang boleh memaksa mana-mana individu untuk menyokong pemimpin atau parti tanpa kerelaan sendiri.

Menurut beliau, perubahan adalah perlu dalam merencana masa depan negara, apatah lagi jika kepimpinan yang ada gagal menjalankan tanggungjawab sepatutnya.

“Ini bukan masalah parti mana yang menjadi pilihan, atau artis sebagai lalang namun sokongan (harus) diberikan kepada yang betul, justeru apabila kita melihat ada perkara tidak sepatutnya berlaku, menjadi hak (kita) untuk menentukan tindakan selanjutnya,” katanya menerusi siaran langsung di aplikasi Instagram malam tadi.

Siaran langsung berkenaan turut disertai personaliti popular Azwan Ali dan komposer serta penyanyi rap, Caprice.

Caprice baru-baru ini menjadi sebutan ramai apabila terbabit dalam perdebatan bersama dua wanita Israel, ketika seluruh dunia giat memperjuangkan isu Palestin yang berdepan penindasan dan kezaliman tentera Zionis, saat umat Islam hampir menyambut Aidilfitri.

Mengulas lanjut Afdlin berkata, perubahan perlu dilakukan kerana selepas sekian lama, tiada perincian seumpama itu benar-benar berlaku walaupun selepas barisan kepimpinan bertukar ganti.

“Semuanya berkisar tentang perubahan, saya sudah berada dalam industri ini selama 30 tahun dan sejujurnya, tidak banyak perubahan (berlaku).

“Saya setuju kita perlu berubah dan saya yakin itu juga yang dikehendaki ramai, khususnya generasi muda,” katanya, merujuk kepada kenyataan diberikan Caprice sebelum itu.

Terdahulu, pemuda bersuara lantang tersebut menyuarakan keinginannya untuk melihat Malaysia ditadbir pemimpin muda, bagi membawa negara ke arah yang lebih kompetitif dan berdaya saing.

Tidak menolak kredibiliti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin hebat, beliau bagaimanapun berkata, kewibawaan Anwar akan lebih terserlah sekiranya membantu melonjakkan anaknya, Nurul Izzah Anwar sebagai antara pemimpin negara.

“Ini masanya untuk anak muda bangkit, maaf kalau Caprice katakan, Caprice lebih suka jika Datuk Seri Anwar menaikkan Nurul Izzah sebagai pemimpin.

“Orang lama dah terlalu lama, kita perlu hormat dan belajar, namun negara memerlukan idea baharu, darah baharu untuk bergerak ke hadapan,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Azwan ketika diminta mengulas keputusannya menyokong Anwar berkata, ia adalah satu manifestasi selepas melihat senario yang melatari negara ketika ini.

“Ini bukan isu menyokong parti beliau atau tidak, bukan juga bersetuju dengan perjuangan mana-mana parti politik.

“Saya bercakap mengenai siapa selayaknya menjadi Perdana Menteri Kesembilan kerana selepas jutaan masalah dihadapi, kita mahukan seseorang yang benar-benar bijak mengemudi negara,” katanya.

Personaliti penuh kontroversi itu turut mengakui, beliau melihat tidak ada individu lebih layak selain Anwar ketika ini.

“Negara sekarang sedang berhadapan dengan terlalu banyak kekarutan, kejap A, kejap B dan kejap C.

“Berhentilah memperbodohkan rakyat, kami sudah muak dengan ini semua,” tegasnya. - Getaran, 10 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 2 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 53 minit yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 35 minit yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut