web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahu Lahirkan Kepimpinan Yang Berani, Saifuddin Tawar Bertanding MPP 

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2025 10:07PM

Saifuddin Shafi Muhammad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahu melahirkan kepimpinan yang berani dan dinamik menjadi faktor utama Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat pada Pemilihan 2025.

Ketika dihubungi Getaran beliau berkata  hasrat tersebutlahir daripada rasa prihatin terhadap hala tuju dan dinamik Keadilan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. 

Menurut  beliau, terdapat jurang yang ketara pada peringkat akar umbi yang memerlukan perhatian lebih progresif dan strategik, walaupun agenda reformasi telah dilaksanakan di peringkat kerajaan.

“Di sinilah peranan kita sebagai pemimpin—memastikan suara anggota didengar, keperluan mereka difahami, dan aspirasi mereka diutamakan. 

“Saya yakin bahawa kekuatan Keadilan terletak pada anggotanya sendiri—mereka yang telah bekerja keras, berdedikasi, dan percaya pada perjuangan parti,” katanya. 

Jelas Saifuddin, pengalaman beliau di Selangor mengajar bahawa tradisi akar umbi sebagai pemegang taruh penting mesti terus diperkasakan.

“Jika kita ingin memastikan Keadilan terus relevan serta dihormati, kita perlu membina sebuah kepimpinan yang berani mendengar dan sentiasa mengambil kira pandangan atau cadangan anggota di semua peringkat.

“Pemimpin juga perlu responsif dan agresif, iaitu bertindak dengan strategi yang konstruktif,” katanya.

Tegas beliau, aspek kebersamaan juga perlu diberi keutamaan dan dalam hal ini, semua ahli harus dibabitkan dalam proses membuat keputusan supaya mereka merasa dihargai dan terlibat.

“Kita juga perlu menginspirasi dan melaksanakan. Tidak hanya memberi janji, tetapi membuktikan dengan tindakan yang konkrit dan berkesan. 

“Keadilan perlu bergerak ke tahap yang lebih kukuh, berani, dan konstruktif demi masa depan yang lebih gemilang,” katanya.

Saifuddin menarik perhatian, beliau untuk tempoh beberapa bulan akan turun ke Cabang di seluruh negara untuk menyampaikan mesej tersebut secara terus kepada anggota. 

“Saya mahu mendengar sendiri pandangan, harapan, dan cadangan daripada akar umbi.

“Saya menawarkan kepimpinan yang memupuk inspirasi, membina keyakinan, dan membawa perubahan yang realistik dan berani. Kita memerlukan MPP yang tidak gentar memimpin, tidak takut berubah, dan berani berdepan dengan cabaran,” katanya. - Getaran, 28 Mac 2025

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Guna Nama Allah Untuk Kecam PM, Armand Azha Terdesak Raih Perhatian Rakyat

2

Politik 3 tahun yang lalu

Peja Sahkan Tak Tanding PRN, ‘Tugas Saya Perkuat Jentera Parti’

3

Politik 3 tahun yang lalu

Azmin Beri Bayangan Tidak Bertanding PRN

4

Politik 3 tahun yang lalu

Zahid Beri Jaminan Pemilihan UMNO Adil Kepada Semua Calon Bertanding

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar