web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Zahid Beri Jaminan Pemilihan UMNO Adil Kepada Semua Calon Bertanding

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2023 7:09AM

Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pemilihan parti itu dilakukan secara demokratik dan adil kepada semua calon bertanding jawatan kepimpinan parti bagi penggal 2023-2026 - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan pemilihan parti itu dilakukan secara demokratik dan adil kepada semua calon bertanding jawatan kepimpinan parti bagi penggal 2023-2026.

Dalam sidang media ringkas selepas melawat petugas media yang membuat liputan keputusan Pemilihan UMNO di Menara Dato Onn di sini lewat malam tadi, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau berpuas hati dengan cara pengundian dijalankan setakat ini.

“Saya berpuas hati dengan proses itu tetapi mesti ada semakan supaya adil kepada semua calon dan juga perwakilan. Terdapat lebih 160,000 ahli mengundi, jadi ada yang tidak berpuas hati tetapi parti akan menangani kebimbangan mereka.”

“Saya telah menerima laporan dan juga melihat video. Saya akan berbincang dengan pengerusi jawatankuasa pemilihan parti (Tan Sri Shahrir Samad) jika kita perlu batalkan atau mengadakan pemilihan semula di bahagian yang terjejas,” katanya.

Terdahulu, kekecohan berlaku di bahagian Lahad Datu dan Johor Baru semasa pengundian, semalam.

Menurut laporan, pergaduhan di bahagian Lahad Datu dipercayai akibat provokasi.

Dua individu dilaporkan cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, dua bahagian UMNO Tanah Merah di Kelantan, dan Kota Kinabalu di Sabah tidak menjalankan pemilihan kerana digantung.

Pemilihan UMNO diadakan bermula pada 1 Februari dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda serta Pergerakan Puteri Cawangan.

Ia diikuti Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Exco Pergerakan Pemuda dan Exco Pergerakan Puteri UMNO Pusat, diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac lalu.

Pemilihan UMNO berakhir semalam dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian, bersama pemilihan Ahli Majlis Tertinggi (MT).

Dua jawatan tertinggi iaitu presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan. – The Vibes, 19 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

3

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

4

Politik 1 tahun yang lalu

Mahu Lahirkan Kepimpinan Yang Berani, Saifuddin Tawar Bertanding MPP 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad