web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 8:46AM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Komitmen Kerajaan Perpaduan membangunkan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu (KIGIP) akan membuka ruang kepada limpahan ekonomi terhadap penduduk serta pelbagai sektor dan industri di kawasan Sungai Bakap.

Menyambut baik dan mengalu-alukan pembangunan KIGIP, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin berkata projek itu juga, dilihat membantu dalam menyelesaikan isu bekalan air di kawasan Seberang Perai Selatan (SPS) terutamanya DUN Sungai Bakap yang berlarutan sehingga kini.

"Ini merupakan suatu yang cukup baik, sebab ia (KIGIP) di Kerian dan apabila dimajukan ia akan melimpah faedahnya sehingga ke kawasan SPS termasuklah di DUN Sungai Bakap ini.

"Ini termasuklah menerusi penyediaan peluang pekerjaan yang banyak di situ dan sudah tentulah ia memberi faedah kepada masyarakat sini," katanya kepada Bernama ketika ditemui semasa menghadiri Program Townhall Minda MADANI bersama lebih 50 penduduk, di sini semalam.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada persidangan Dewan Rakyat semalam berkata projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah, yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek KIGIP, akan dapat memenuhi keperluan bekalan air di kawasan SPS dan KIGIP, selain turut menyelesaikan masalah air di daerah Kerian, Larut Matang dan Selama, Perak pada masa hadapan.

Sehubungan itu, Joohari yang mesra disapa Cikgu Joo berharap masalah gangguan bekalan air akan dapat diselesaikan segera, apabila projek tersebut dilaksanakan.

"Projek penyaluran air mentah itu, penawaran tersebut sudah pastinya akan sampai ke kawasan Sungai Bakap, yang saya percaya masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat di sini akan dapat diselesaikan apabila projek ini dilaksanakan," katanya.

PRK DUN Sungai Bakap pada Sabtu ini, menyaksikan Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan satu lawan satu, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei akibat keradangan dalam perut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad