web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Istana Tidak Akan Campur Percaturan Politik Negara

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 8:51PM

- gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika memaklumkan titah baginda itu, berkata, Yang di-Pertuan Agong juga menitahkan beliau serta kerajaan yang dipimpinnya meneruskan tanggungjawab menguruskan negara.

Katanya, baginda bertitah demikian ketika Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Hari ini seperti kelazimannya saya menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.

“Baginda juga bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara.

“Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik,” katanya dalam satu hantaran melalui media sosial, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial satu kenyataan media, dikatakan dikeluarkan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan Al-Sultan Abdullah memberi perkenan untuk menerima menghadap kesemua 118 Ahli Parlimen bersama Akuan Bersumpah masing-masing.

PN bagaimanapun menafikan ada mengeluarkan kenyataan berkenaan yang disifatkan sebagai palsu.

Sementara itu, dalam kenyataan media sama, Perdana Menteri turut meminta mana-mana pihak yang mahu menyampaikan derma bernilai ratusan juta ringgit untuk menyalurkannya kepada golongan asnaf falam negara.

“Saya juga menambah seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut siapa atau pihak mana yang dimaksudkan dengan kenyataan berkenaan. – Getaran, 9 Januari 2024

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad