web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr M Hanya Seorang Negarawan, Bukan Wali Allah - Aktivis

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 9:55AM

Dr Mahathir Mohamad - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya diangkat sebagai wali Allah kerana beliau tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesalahan.

Aktivis politik, Liyana Marzuki berkata, jasa dan sumbangan Dr Mahathir ketika mengepalai negara sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun sememangnya tidak boleh dinafikan.

Namun tegas beliau, mengangkat bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sebagai wali Allah adalah satu tindakan yang melampaui batas.

“Kita tahu dan iktiraf ada banyak jasa beliau pada negara. Dua puluh dua tahun tu Malaysia membangun. Beliau letak nama Malaysia di pentas dunia. Tak boleh disangkal. 

“Namun kena juga tahu beliau bukan maksum sebagai pemimpin. Kronisme dan rasuah berleluasa ketika zaman beliau memerintah. Sampai Malaysia dinobat negara kedua kroni kapitalis terteruk di dunia selepas Rusia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas bekas peguam itu, mengangkat Dr Mahathir sebagai wali adalah naratif ‘pajak otak’ pihak pembangkang yang mahu ditanam dalam pemikiran golongan muda.

Katanya, beliau hanya layak digelar sebagai negarawan atau bekas pemimpin, berdasarkan jasa dan sumbangan sebagai Perdana Menteri.

“Nak angkat dia jadi Wali Allah melampau la kot. He’s a liberal. Simple as that. 

“Melarang isteri pakai tudung, tidak langsung menyokong hudud, takkan la boleh jadi wali Allah. Korang walatun ni biar benar,” katanya, sinis.

Tegas Liyana, kelemahan Dr Mahathir untuk menyediakan succession plan buat negara jelas terbukti.

“Semua Timbalan dan PM yang beliau pilih, beliau sailang kemudian. Sampai negara jadi tak keruan.  Namun, saya masih lagi iktiraf beliau level Negarawan. Berjasa kepada negara. Cuma harapkan dah lama beliau bersara. 

“Anak sendiri pun penyokong LGBT dan Human Rights. Siap tulis buku promosikan konsep liberal di Malaysia. Tengokkan kehidupan cucu-cucu beliau, adakah layak digelar cucu Wali Allah,” katanya. - Getaran, 5 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Keadaan Memuaskan, Tun M Dibenar Pulang Untuk ‘Home Leave’

2

5 bulan yang lalu

Tun M Dibawa ‘Outing’, Minuman Ais Coklat Jadi Pilihan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Dan Isteri Doa Kesembuhan Segera Buat Tun Mahathir

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘3 Bekas Menteri Itu Bohong, Saya Malu Lantik Mereka’ - Tun M

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad