web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Berpecah Kerana Orang Seperti Tun M - Ramanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 10:09PM

R Ramanan - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perpecahan dalam kalangan rakyat yang semakin kerap berlaku mutakhir ini sebenarnya dicetuskan oleh pemimpin politik beraliran songsang.

Menamakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai antara pemimpin politik jenis itu, Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan berkata, bekas Ahli Parlimen Langkawi tersebut cenderung memberikan kenyataan berbaur hasutan.

Menurut beliau, ia dibuktikan menerusi gesaan terbaru Dr Mahathir agar kerajaan memansuhkan sekolah aliran vernakular, sedangkan ia adalah sebahagian daripada sistem pendidikan.

“Tidakkah Dr Mahathir sedar, sekolah vernakular telah wujud sejak awal kemerdekaan negara, bahkan dibiayai oleh kerajaan Persekutuan.

“Sekolah jenis ini memainkan peranan utama dalam sistem pendidikan negara, malah bilangan muridnya juga amat besar,” katanya kepada Getaran.

Tegas Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) itu, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) misalnya, memiliki lebih 100,000 pelajar pelbagai kaum, termasuk Melayu, India dan Bumiputera.

Dr Mahathir Mohamad mutakhir ini dilihat kerap memberi kenyataan berbaur hasutan - gambar fail
Dr Mahathir Mohamad mutakhir ini dilihat kerap memberi kenyataan berbaur hasutan - gambar fail

“Saya mahu pelawa Tun untuk melawat semua sekolah jenis ini, dan lihat bagaimana aktifnya pengurusan sekolah menerapkan unsur perpaduan dalam program serta silibus yang diajar.

“Kewujudan sekolah jenis ini membuka peluang untuk rakyat menguasai bahasa ketiga, selain daripada bahasa Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing,” katanya.

Jelas beliau, Dr Mahathir sebagai pelopor Wawasan 2020 pasti lebih arif dengan kelebihan yang wujud jika mampu menguasai pelbagai bahasa.

“Bukankah satu aset linguistik jika anak-anak kita mampu menguasai bahasa ketiga atau keempat dengan fasih.

“Sepatutnya Tun di peringkat usia begini lebih banyak membantu menaikkan negara, bukan memecah belahkan rakyat dengan pandangan atau gesaan bersifat ekstrem seperti ini,” katanya.  - Getaran, 31 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Keadaan Memuaskan, Tun M Dibenar Pulang Untuk ‘Home Leave’

2

4 bulan yang lalu

Tun M Dibawa ‘Outing’, Minuman Ais Coklat Jadi Pilihan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Dan Isteri Doa Kesembuhan Segera Buat Tun Mahathir

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘3 Bekas Menteri Itu Bohong, Saya Malu Lantik Mereka’ - Tun M

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar