web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohamad Sabu Kekal Sebagai Presiden AMANAH

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 8:42PM

Lima pemimpin tertinggi AMANAH bergambar sebaik selesai pengumuman pimpinan baharu parti itu bagi sesi 2023-2026 pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2023 di di Wyndham Acmar hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Datuk Seri Mohamad Sabu mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) untuk penggal ketiga selepas dipilih dalam Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti itu bagi tempoh 2023-2026 yang berlangsung hari ini.

Selain itu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baharu,  menggantikan  Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang menyandang jawatan itu sebelum ini.

Mesyuarat khas itu juga memilih Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Adly Zahari dan Dr Siti Mariah Mahmud, masing-masing sebagai Naib Presiden parti.

Keputusan pemilihan jawatan-jawatan utama parti itu diumumkan oleh Speaker, Azhar Abdul Shukur dan Timbalan Speaker, Onn Jaafar pada Konvensyen Nasional AMANAH 2023 di sini, hari ini.

Terdahulu, pemilihan secara sistem EVoting telah diadakan melibatkan 1,003 perwakilan bagi memilih speaker, timbalan speaker dan dua juruaudit serta 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional bagi penggal 2023/2026. 

Pemilihan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang melibatkan 97 calon kali ini menyaksikan lima undian tertinggi diperoleh Dr Dzulkefly (900 undi), diikuti Khalid Abd Samad (899 undi), Azli Yusof (755 undi), Mujahid (699 undi) dan Datuk Mahfuz Omar (694 undi). 

Bagaimanapun jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden parti itu dipilih dalam kalangan 27 individu yang mendapat undi tertinggi, melalui satu mesyuarat yang dilaksanakan selepas pengumuman keputusan pengundian Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional. 

Sementara itu, Mohamad dalam ucapan penangguhan meminta pemimpin parti yang akan mewarisi pimpinan tertinggi AMANAH pada masa hadapan supaya berusaha menguatkan parti serta meneruskan kerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“AMANAH kekuatannya bergantung kepada gabungan, jadi ini penting hubungan kita dengan PKR, DAP dan sekarang hubungan kita dengan BN serta parti-parti di Sabah dan Sarawak.

Oleh itu, pimpinan yang akan mewarisi pimpinan akan datang mesti cari jalan untuk kuatkan gabungan ini, kerana sebarang keretakan dalam gabungan ini akan membawa padah kepada AMANAH pada masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, pemilihannya adalah amanah yang berat untuk dipikul, namun beliau berjanji bersama-sama kepimpinan baharu bagi memastikan parti itu terus kukuh di persada politik tanah air. 

"Keputusan (pemilihan jawatan utama) tadi adalah berat dan sukar, namun (berjaya) dibuat dengan berpandukan konsep Rahmah yang kita pegang. Tidak kira berapa undi (diterima), para perwakilan telah menyatakan hasrat dan kami menghormati akan undi yang diberikan,” katanya dalam ucapan penangguhan.

Berikut adalah senarai Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah bagi penggal 2023 hingga 2026 yang dipilih pada Konvensyen AMANAH 2023:

Datuk Seri Mohamad Sabu (Presiden)
Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (Timbalan Presiden)
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Naib Presiden)
Adly Zahari (Naib Presiden)
Dr Siti Mariah Mahmud (Naib Presiden)
Khalid Abd Samad 
Azli Yusof
Datuk Mahfuz Omar
Suhaizan Kaiat
Datuk Dr Hasan Bahrom
Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
Datuk Dr Mohd Hatta Ramli 
Muhammad Faiz Fadzil
Mohd Sany Hamzan
Anfaal Saari
Izham Hashim
Datuk Dr Ismail Salleh
Ahmad Sabki Yusof 
Lahirul Latigu
Dr Ahmad Termizi Ramli 
Datuk Asmuni Awi 
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 
Ridzwan Abu Bakar 
Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab
Wan Anwar Wan Ibrahim
Dr Muhaimin Sulam 
Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar