web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: Proses Mengundi Awal Tiga Pasangan Tentera Selesai

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 11:43AM

Pengundi awal, Norhayati Ismail, 38, (kiri) dan Razidah Razali, 36, menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal selepas menunaikan tanggungjawab mengundi awal untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Balai Polis Kijal, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di Balai Polis Kijal, dekat sini, selesai pada jam 11.06 pagi ini selepas kesemua tiga pengundi yang juga pasangan tentera, hadir menjalankan tanggungjawab mereka.

Pusat mengundi yang dibuka jam 8 pagi tadi adalah satu-satunya lokasi pengundian awal selepas kesemua 387 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota tentera yang sepatutnya turut mengundi hari ini, diarahkan melaksanakan undi secara pos. 

Sebelum ini, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mereka diarahkan berbuat demikian bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja menyelamat dan bertugas pada musim banjir.

Antara pengundi awal, Razidah Razali, 36, menzahirkan perasaan lega proses pengundian berlangsung dengan cepat tanpa perlu beratur panjang seperti pilihan raya sebelum ini.

Begitu juga bagi Norhayati Ismail, 38, yang mengakui terkejut apabila mengetahui hanya tiga pengundi awal yang akan mengundi hari ini.

PRK Kemaman yang ditetapkan 2 Disember ini sebagai hari mengundi menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

PRK melibatkan 141,790 pengundi layak termasuk pengundi pos dan awal itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PAS Kekal Status Quo, Pertahan Kerusi

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman : Pusat Pengundian Ditutup, Proses Penjumlahan Undi Bermula

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: SPR Jangka 70 Peratus Keluar Mengundi

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad