web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: SPR Jangka 70 Peratus Keluar Mengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2023 1:56PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, esok, boleh mencapai sehingga 70 peratus.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, jangkaan itu, bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini. 

“Cuaca esok diramalkan ada sedikit hujan dan insya-Allah di kawasan Kemaman ini, kita bersedia dan dijangka tidak ada bahagian yang akan naik air.

“Harapan saya diminta sangat-sangat pengundi Kemaman dapat keluar mengundi dan kita harap peratusan keluar mengundi dapat ditingkatkan lebih kurang 70 peratus,” katanya kepada media selepas meninjau persiapan akhir pengundian PRK Kemaman di Majlis Perbandaran Kemaman hari ini.

Laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan berterusan dijangka melanda daerah Kemaman dari pagi sehingga petang.

Dalam pada itu, Abdul Ghani berkata, sebanyak 49 pusat mengundi, akan dibuka jam 8 pagi esok di empat daerah Kemaman melibatkan 244 saluran.

Sementara keputusan penuh PRK Kemaman hanya akan diketahui seawal jam 9 malam. 

Abdul Ghani berkata, SPR juga sudah melaksanakan persediaan sekiranya berlaku banjir, mahupun bekalan elektrik putus di mana-mana pusat pengundian.

“Alhamdulillah hari ini persiapan berjalan lancar dan saya ingatkan pengundi esok supaya bawa kad pengenalan masing-masing dan keluar mengundi pada waktu yang digalakkan.

“Nasihat saya buat calon dan pengundi jangan pakai baju, payung yang tidak dibenarkan dan pakai pakaian biasa yang sopan, kita harap semua ikut arahan seperti yang ditetapkan,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Politik 1 tahun yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad