web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kekal Setia, Tolak Cubaan Tebuk Atap - PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2023 8:27AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga presiden PKR, ketika menyampaikan ucapan dasar Kongres Nasional Tahunan PKR 2023. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan menolak dengan tegas segala percubaan pembangkang untuk “menebuk atap” dalam usaha meruntuhkan kerajaan hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata malahan pimpinan parti-parti politik itu kekal setia dengan prinsip dan tatakelola pentadbiran baik selama setahun.

“Satu tahun berlalu. Pada peringkat awal, bulan-bulan awal, memang sedikit terumbang-ambing kerana sentiasa ada percubaan mengintai, mengintip dan mendesak untuk mengulangi amalan 'tebuk atap'... kesetiaan sahabat-sahabat teruji, katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam tadi.

Pada malam ini, Anwar menyatakan penghargaan beliau di atas kemuafakatan dan kesetiaan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan biarpun mereka berhadapan cabaran untuk menangkis dan mematahkan percubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk mengambil alih kerajaan termasuk ada yang dipelawa menjadi perdana menteri.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 yang dihadiri 2,734 perwakilan dan 1,500 pemerhati, serta pimpinan utama parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan dan perwakilan kedutaan asing.

Sehubungan itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada pimpinan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan dan Jemaah Menteri kerana terus setia untuk memastikan agar kerajaan ketika ini kekal inklusif dan mewakili semua kaum serta wilayah.

“Pelbagai telahan dan tohmahan telah dilontarkan, saya ingin tegaskan semula bahawa dalam perundingan awal (Kerajaan Perpaduan) yang ditekankan adalah prinsip dan hala tuju negara, tatakelola yang baik, membanteras rasuah, memacu pertumbuhan ekonomi.

“Ini dasar dan saya ucapkan terima kasih kepada rakan kerana setia dengan prinsip ini, “ katanya.

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata Kerajaan Perpaduan juga tidak akan “tergopoh-gopoh” dalam melaksanakan agenda reformasi kerana mengambil pendekatan daripada sejarah dunia dan pengalaman PH pada 2018.

“Walaupun terdapat golongan elit berkata kita perlahan dalam kemajuan reformasi tetapi percayalah, belajar daripada pengalaman yang lalu. Kalau kita gopoh, baik dalam soal pelaksanaan Islam atau dalam pelaksanaan agenda reformasi ini, kita akan ditolak rakyat,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan perlu berhemah dan bijaksana dalam mengukur keupayaan sendiri dan penerimaan majoriti rakyat kerana tiada semua masalah negara dapat diselesaikan dalam masa setahun.

Anwar juga menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan negara ini diperkotak-katikkan atas nama agama dan kaum selain tidak berkompromi dengan pihak yang memainkan isu perkauman termasuk isu meritokrasi kerana kerajaan ini berikrar untuk menjaga kebajikan semua kaum.

Turut hadir dalam kongres berkenaan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Kongres yang berlangsung dua hari bermula semalam, mengangkat tema “Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI”. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar