SHAH ALAM - Konvensyen Bersekutu Bersatu yang kali pertama diadakan, dikejutkan dengan beberapa perwakilan mendesak ketua sayapnya Dr Chong Fat Full meletak jawatan.
Desakan dibuat ketika Chong mula menyampaikan ucapan, dengan beberapa perwakilan mengangkat kertas bertulis ‘Letak Jawatan Chong Fat Full, bertanggungjawab kekalahan semua calon sayap bersekutu PRU15 dan PRN6 Ramai Hilang Deposit’.
Kejadian itu berlaku di hadapan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2023 selama tiga hari yang bermula semalam menyaksikan perasmian serentak perhimpunan Srikandi, Armada, Srikandi Muda dan Bersekutu. - BERNAMA
