web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suhaili Terima Keputusan BERSATU Gantikan Beliau Dengan Radzi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 5:05PM

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman menerima keputusan pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menggantikan beliau dengan naib presiden parti itu Datuk Radzi Jidin sebagai Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan dan Labuan.

Suhaili berkata, beliau tetap ahli BERSATU walaupun berlaku perubahan kepimpinan dan percaya keputusan itu tidak akan memberi kesan buruk kepada bahagian berkenaan.

"Masa depan bahagian ini di luar kawalan saya, namun ia adalah fakta bahawa penubuhan BERSATU Labuan adalah hasil usaha saya dan sokongan padu penyokong tempatan.

"Dan keputusan melantik pemimpin baharu bagi Wilayah Persekutuan dan Labuan merupakan hak kepimpinan parti," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Perubahan kepimpinan itu diumumkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada 2 November lalu.

Suhaili dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid kini dalam prosiding tatatertib parti selepas mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lepas.

Suhaili turut menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

Bahagian BERSATU Labuan dalam kenyataan pada 1 November lalu memaklumkan sokongan terhadap keputusan Suhaili itu demi pembangunan dan kemajuan Labuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

MP Labuan Isytihar Sokong Kerajaan Perpaduan, Mahu Kebajikan Penduduk Terbela

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad