web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MP Labuan Isytihar Sokong Kerajaan Perpaduan, Mahu Kebajikan Penduduk Terbela

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 1:54PM

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman. gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman mengisytiharkan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri berkuatkuasa hari ini. 

Serentak dengan itu, beliau turut menyatakan sokongan ke atas kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurut Suhaili, keputusan tersebut dibuat selepas meneliti  dengan terperinci rintihan penduduk Labuan, susulan peningkatan kos sara hidup dan masalah bekalan air yang dideritai sejak sekian lama.

“Masalah bekalan air ini sudah dialami hampir 15 tahun lamanya, namun tindakan diambil untuk mengatasi semua permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Labuan bolehlah dikatakan sebagai melepaskan batuk di tangga atau 'piecemeal basis' sahaja.

“Saya turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri Sabah, yang mana banyak membantu rakyat Labuan melalui anak syarikat GLC Negeri Sabah dari segi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan secara kecil-kecilan sejak mula beliau mengambil pucuk kepimpinan di Negeri Sabah,” katanya.

Tegas Ketua BERSATU Wilayah Persekutuan itu, sokongan tersebut bagaimanapun tidak menggugat kesetiannya terhadap parti.

“Bagi mengelak sebarang keraguan, saya ingin menegaskan bahawa saya akan terus taat, setia dan kekal, sebagai Ahli BERSATU,” katanya.

Suhaili berkata, beliau juga bersedia menerima tindakan disiplin daripada parti atas keputusan berkenaan. 

“Saya bersedia menerimanya demi memastikan kebajikan rakyat Labuan dan pengundi-pengundi di kawasan saya terbela.

“Saya tidak mahu mereka terus menjadi mangsa keadaan dan ketinggalan dalam pelbagai aspek pembangunan kerana perbalahan naratif politik seperti mana yang berlaku sekarang,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, sokongan dinyatakan itu mencakupi setiap dasar dan inisiatif kerajaan dalam hal yang mengutamakan pembangunan, ekonomi dan kebajikan rakyat.

“Sokongan ini kekal sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-16,” katanya. - Getaran, 30 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad