web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bersatu Labuan Sokong Keputusan Suhaili

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 4:43PM

Jawatankuasa Bersatu Labuan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Seluruh jentera Bersatu Labuan menyokong penuh keputusan ketua bahagiannya Datuk Suhaili Abdul Rahman baru-baru ini yang mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Mohd Noor

Timbalan Ketua Bersatu Labuan Hassan Jinin berkata langkah Suhaili itu mendapat sokongan sebulat suara jawatankuasa bahagian, sayap Pemuda dan Wanita, kerana mereka percaya ia akan membuka laluan kearah pembangunan dan kemajuan masa depan Labuan

Beliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat Selasa lepas, yang menyaksikan jawatankuasa bahagian parti, sayap Pemuda dan Wanita secara kolektif memutuskan untuk mendukung keputusan Suhaili memberi sokongan kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah.

Ahli Parlimen Labuan itu mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah pada 30 Okt lepas selaras dengan hasrat meringankan beban yang dihadapi pengundi kawasannya.

Dalam kenyataannya dua hari lepas, beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira permasalahan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan gangguan elektrik yang berterusan.

Hassan berkata dengan mengambil keputusan untuk bergerak sehaluan dengan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, Suhaili membayangkan masa depan Labuan yang lebih makmur.

"Keputusan untuk menyokong Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah dijangka memberi beberapa kelebihan kepada Labuan. Salah satu faedah penting ialah potensi peningkatan bantuan daripada kerajaan persekutuan dan juga kerajaan negeri," katanya.

"Keperluan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi bagi merangsang peluang pekerjaan di Labuan amat kritikal. Dengan sokongan Suhaili kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, Labuan pastinya mendapat perhatian dan pelaburan yang diperlukan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

"Penduduk Labuan berharap keputusan ini akan membawa kepada peningkatan ketara dalam kualiti hidup dan peluang ekonomi mereka," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar