web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU Pada 23 Hingga 25 November ini

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2023 5:24PM

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan berlangsung dari 23 hingga 25 November 2023 ini, di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan hari ini berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat majlis pimpinan tertinggi parti malam tadi yang dipengerusikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Hamzah, Jawatankuasa Induk Perhimpunan Agung Tahunan itu akan dipengerusikan Naib Presiden, Datuk Dr Radzi Jidin.

“Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu bermula dengan perasmian sayap-sayap Bersatu pada 23 November 2023, sebelum diikuti Perhimpunan Agung pada 24 dan 25 November 2023,” katanya.

Hamzah berkata, mesyuarat itu juga antara lain membincangkan kedudukan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid dan Lembaga Disiplin BERSATU telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Iskandar Dzulkarnain sebelum mengambil sebarang tindakan. 

Sebelum ini dilaporkan Iskandar Dzulkarnain memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setelah meneliti rintihan berterusan pengundi dan mengambil kira keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup di kawasannya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar