web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hadi Awang Kekal Presiden PAS

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 1:18PM

Abdul Hadi Awang - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS selepas diumumkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan jawatankuasa tertinggi parti itu bagi sesi 2023-2025.

Turut mengekalkan jawatan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden iaitu Datuk Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga menang tanpa bertanding.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS Datuk Dr Abdul Halim Tamuri pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 yang berlangsung di sini hari ini.

Abdul Hadi, 76, menduduki kerusi Presiden PAS sejak dipilih memangku jawatan itu pada 2003 sebelum disahkan ke jawatan berkenaan dalam muktamar pada 2005.

Sementara itu, Menteri Besari Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menduduki senarai teratas daripada 18 Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dengan memperoleh undi tertinggi sebanyak 1,098.

Ketua Pemuda PAS bagi penggal lepas, Ahmad Fadhli Shaari pula menjadi muka baharu dipilih ke jawatan tersebut dengan mendapat undi kedua tertinggi sebanyak 1,042.

Berikut ialah senarai penuh AJK PAS Pusat bagi sesi 2023-2025:

1. Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

2. Ahmad Fadhli Shaari

3. Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi

4. Dr Azman Ibrahim

5. Dr Halimah Ali

6. Khairil Nizam Khirudin

7. Datuk Ahmad Marzuk Shaary

8. Datuk Siti Zailah Mohd Yusof

9. Datuk Awang Hashim

10. Dr Riduan Mohamad Nor

11. Datuk Ahmad Amzad Hashim @ Mohammad

12. Datuk Mohd Nassuruddin Daud

13. Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan

14. Kamaruzaman Mohamad

15. Dr Najihatussalehah Ahmad

16. Misbahul Munir Masduki

17. Datuk Iskandar Abdul Samad

18. Dr Rosni Adam - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad