web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahu Jaga Kebajikan Pengundi, Iskandar Zulkarnain Isytihar Sokong PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2023 9:03PM

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid secara terbuka mengisytiharkan sokongan terhadap dasar Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Berlandaskan niat menjaga kebajikan dan melindungi pengundi, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid secara terbuka mengisytiharkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Serentak dengan itu, Iskandar yang juga wakil Perikatan Nasional (PN) di bawah BERSATU turut menyatakan sokongan terhadap dasar dilaksanakan Kerajaan Perpaduan. 

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk berdepan dengan sebarang tindakan disiplin yang mungkin dikenakan partinya kerana menyokong pihak lawan.

“Bagi mengelak sebarang keraguan, perlu dijelas dan ditegaskan bahawa saya tidak akan tinggalkan, apatah lagi khianati BERSATU dalam apa jua keadaan atas prinsip taat dan setia kepada parti.

“Biarpun berkemungkinan berdepan dengan risiko sebarang tindakan disiplin oleh parti, saya tidak sanggup melihat pengundi-pengundi di kawasan saya terus terbiar dan ketinggalan hanya semata-mata kerana perbalahan naratif politik,” katanya.

Jelas Iskandar, keputusan berkenaan diambil selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan keperluan mendesak untuk menangani krisis kenaikan kos sara hidup di Kuala Kangsar.

“Keputusan saya juga bertujuan menilai sama ada YAB Perdana Menteri adalah ikhlas dan akan mengotakan janjinya bahawa peruntukan akan disalurkan kepada sesiapa ahli Parlimen yang menyokong dasar-dasar Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Tambahnya, beliau percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat. 

“Oleh yang demikian, saya menyokong YAB PM atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya,” katanya.

Iskandar pada PRU-15 November tahun lalu memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar selepas meraih majoriti 3,556 undi.

Beliau yang berdepan saingan empat penjuru menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Maslin Sham Razman (10,814 undi); calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Termizi Ramli (10,356 undi) dan calon PEJUANG Yusmalia Mohamad Yusof yang memperoleh 204 undi. - Getaran, 12 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar