web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Sedia 'Tiup Semboyan' Di Masjid Tanah

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2023 8:27PM

Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO kini bersedia untuk berdepan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Masjid Tanah, selepas ia berjaya menewaskan PAS dalam PRK Pelangai, semalam.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata keputusan PRK Pelangai yang menyaksikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, membuktikan PAS tidak mempunyai kekuatan di luar tiga negeri yang ditadbir mereka iaitu Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

"Kita tunggu pula UMNO-Bersatu bertarung kali kedua melalui PRK di Masjid Tanah selepas Pulai.

"Kalau UMNO rampas balik Masjid Tanah bermakna keputusan UMNO menyertai Kerajaan Perpaduan semakin diterima oleh ahli UMNO dan orang Melayu," katanya dalam satu hantaran melalui akaun Facebook.

Sebelum ini, Mahkamah Pilihan Raya menetapkan 27 Oktober depan sebagai tarikh keputusan petisyen pilihan raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah, yang dimenangi Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15), November tahun lepas.

"PAS gagal lagi tumpaskan UMNO melalui PRK di luar Kelantan, Kedah dan Terengganu tetapi PAS dabik dada kerana majoriti BN merosot.

"Apa pun hasrat kerajaan tebuk atap (Pengerusi Perikatan Nasional) Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal. (Timbalan Presiden PAS) Datuk Seri Tuan Ibrahim (Tuan Man) juga gagal jadi menteri besar. Serambi Mekah 2.0 tidak kesampaian," katanya.

Pada 3 Januari lepas, calon BN Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid memfailkan petisyen atas dakwaan berlaku sogokan berbentuk wang dan jamuan bagi meraih undi pada PRU15.

Bantahan awal itu, yang difailkan kepada Mas Ermieyati sebagai responden, antara lain mendakwa petisyen tersebut difailkan di luar masa ditetapkan bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Selain itu, Abdul Hakim selaku pempetisyen didakwa melakukan kesilapan kerana tidak menamakan Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dalam petisyen tersebut.

Pada PRU15, Mas Ermieyati (PN-Bersatu) menang dengan majoriti 4,411 undi dalam pertandingan empat penjuru menewaskan Abdul Hakim, Mutalib Uthman (Muda) dan Handrawirawan Abu Bakar (GTA-Pejuang). – Getaran, 8 Oktober 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad