web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pelangai: Proses Pengundian Berjalan Lancar

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2023 11:55AM

Orang ramai menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Sekolah Menengah Kebangsaan Chemomoi hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai berjalan lancar dengan pengundi dilihat mengambil kesempatan cuaca yang baik pada sebelah pagi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Sebanyak sembilan pusat pengundian melibatkan 30 saluran dibuka pada jam 8 pagi tadi hingga 6 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan menyebut sejumlah 21 peratus pengundi sudah keluar mengundi setakat 10 pagi.

Calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat, 62, yang diiringi isteri, Nor Atiqah Abu Bakar, 55, mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Chemomoi dengan kedua-duanya selesai mengundi pada jam 8.29 pagi.

Dua lagi calon yang bertanding dalam PRK itu, Datuk Amizar Abu Adam mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli yang menggunakan simbol kereta, masing-masing adalah pengundi di DUN Ketari, juga dalam Parlimen Bentong.  

Dalam pada itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut turun padang melakukan tinjauan di sekitar pusat pengundian DUN Pelangai.

Seramai 312 petugas SPR bertugas bagi proses pengundian hari ini.

Tinjauan Bernama di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kemasul mendapati kehadiran pengundi tidak putus-putus sebaik sahaja pintu pagar pusat pengundian dibuka tepat jam 8 pagi.

Di pusat pengundian SMK Felda Chemomoi, warga emas Rokiah Said, 80, yang berkerusi roda diiringi anaknya dengan dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi pengundi terawal menunaikan tanggungjawab.

Turut tidak melepaskan peluang mengundi di lokasi sama ialah pengundi muda Farini Ellisa Najwa Abd Manap, 20, yang sanggup menempuh perjalanan hampir 200 kilometer dari tempat kerjanya di Kuantan untuk pulang mengundi hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

4

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad