web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu 3R: Polis Buka 2 Kertas Siasatan Terhadap Muhyiddin

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2023 1:10PM

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka dua kertas siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur 3R (agama, bangsa dan raja) ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis akan memanggil Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu pada 12 Sept ini untuk diambil keterangan berhubung siasatan tersebut.

“Ada dua IP (kertas siasatan) dibuka terhadap Muhyiddin susulan kenyataan beliau (berhubung) ‘fatwa’ dan kenyataan berkenaan orang Melayu akan hilang kuasa.

“Jadi ada dua IP dibuka dan kita akan panggil beliau pada 12 Sept untuk ambil keterangan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses mengundi bagi Parlimen Pulai di pusat pengundian Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata buat masa ini, tiada kertas siasatan baharu dibuka melibatkan pemimpin parti politik lain berhubung isu 3R.

Pada Sabtu lepas, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu itu, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa ‘haram memberikan undi kepada Suhaizan’ ketika berucap dalam Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas, di sini, ketika kempen PRK Parlimen Pulai.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan yang mendakwa parti orang Melayu dilihat sudah hilang kuasa, selain mendakwa kerajaan ketika ini seolah-olah tidak faham masalah orang Melayu.

Pada 4 Sept lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis membuka kertas siasatan terhadap Muhyiddin mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan ketakutan dan kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Mengulas mengenai siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Ayob Khan berkata polis telah melengkapkan kertas siasatan dan telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Negara itu turut mengingatkan dan menasihatkan pemimpin politik serta masyarakat supaya tidak mengeluarkan lagi kenyataan berkaitan 3R termasuk ketika berkempen bagi PRK Pelangai, Pahang, hujung bulan ini.

“Polis sentiasa memantau semua sosial media, kalau ada kita akan buka kertas siasatan tapi nanti bila sudah disiasat, ditahan, didakwa dan dihukum, baru timbul rasa (meminta) simpati dan lain-lain,” katanya.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka selepas pemergian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar