web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pulai: Sentuhan Akhir Suhaizan Menjelang Hari Undi Esok

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 11:30AM

Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat mengadakan walkabout sekitar Bukit Kempas. gambar Facebook Suhaizan Kayat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kurang 15 jam tempoh berkempen bagi Pilihan Rakyat Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang akan tamat 11.59 malam ini, calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat terus giat melakukan 'sentuhan akhir' bagi meraih sokongan pengundi.

Dalam tempoh akhir sebelum ‘menyerahkan nasibnya’ kepada rakyat Pulai, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.

Katanya setakat malam tadi, hampir keseluruhan pusat daerah mengundi (PDM) sudah disantuni dan pada hari terakhir ini, kempen beliau dan jentera akan menziarah ke kawasan-kawasan panas.

“Alhamdulillah, kita lihat respons pengundi amat baik dan harap momentum ini dapat diterjemah menerusi undi dan keputusan esok (hari mengundi). Kita akan terus merayu sokongan rakyat.

“Malam ini kita akan adakan ceramah grand finale yang akan dihadiri pemimpin PH-BN dan kita harap sentuhan akhir ini dapat menarik undi rakyat,” katanya kepada pemberita pada program bersama anak muda, di Kampung Pasir Tampoi, di sini, malam tadi.

Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRK bagi kedua-dua kawasan pada Sabtu ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad