web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jailani Mahu Dipecat UMNO

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2023 2:54PM

Datuk Muhammad Jailani Khamis. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis meminta agar UMNO memecat dirinya.

Jelasnya, keputusan itu boleh dilaksanakan parti bawah peruntukan 2010 (D) iaitu dipecat daripada parti setelah disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan bukan mana-mana hukuman lain.

"Dengan rasa rendah diri, saya meminta Lembaga Disiplin UMNO mengambil keputusan bawah peruntukan tersebut.

"Saya tidak mahu malukan UMNO, saya minta permohonan saya diterima," kata Jailani memetik laporan Malaysiakini.

Beliau dalam surat tunjuk sebab yang diberikan kepada UMNO menjelaskan tindakan menghadiri program bersama Perikatan Nasional (PN) bukan satu tindakan sabotaj kepada parti.

Sebaliknya, kehadirian beliau di majlis itu adalah atas kapasiti sebagai Pengerusi Penaja badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional negeri Melaka.

"Saya tidak terlibat menjadi penceramah mahupun memberikan kenyataan secara umum serta mengaibkan mana-mana individu, termasuk membuat kenyataan yang menjejaskan mana-mana parti politik sekalipun sewaktu kempen di dalam dua insiden (dihadirinya) ini," katanya lagi.

Surat tunjuk sebab itu diserahkan kepada Lembaga Disiplin UMNO hari ini setelah beliau gagal untuk hadir ke prosiding pendengaran yang diarahkan parti tersebut.

Jailani gagal untuk hadir ke prosiding berkenaan ekoran berdepan dengan masalah kesihatan dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Melaka.

Lembaga Disiplin UMNO menerusi surat bertarikh 28 Ogos lalu, mengarahkan Jailani agar hadir ke prosiding pendengaran hari ini serta menjawab surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya.

Surat itu juga mendakwa dia telah melakukan sabotaj terhadap UMNO kerana dengan sengaja hadir pada majlis pengumuman calon PN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram di Bakri, Johor pada 23 Ogos lalu. – Getaran, 6 September 2023

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar