web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MUDA Akan Gugat Kerajaan Perpaduan Jika Tiada Penjelasan Untuk Kes Zahid - Syed Saddiq

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 9:49PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – MUDA tidak akan teragak-agak menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan sekiranya tiada penjelasan diberikan berkait kes mahkamah Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Presiden parti, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerajaan perlu menjelaskan perkara itu pada kadar segera kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang melampaui batas. 

"Di dalam mesyuarat semalam, MUDA sudah putuskan apa yang telah terjadi ialah 'garisan merah yang telah dilanggar', oleh itu MUDA tidak teragak-agak untuk menilai kedudukan kami dalam Kerajaan Perpaduan hari ini. 

"Jikalau tuntutan itu tidak ditunaikan kita akan ambil tindakan yang jelas," katanya pada sidang media di di sini hari ini. 

Parti berkenaan pada masa sama, turut menggerakkan kempen bagi menzahirkan bantahan terhadap keputusan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu. 

Mahkamah semalam melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada semua 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi. 

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, kempen terbabit mencakupi pelbagai medium, termasuk protes jalanan dan kempen di media sosial. 

Tegas beliau, majoriti dua pertiga dimiliki Kerajaan Perpaduan di Dewan Rakyat ketika ini akan musnah sekiranya MUDA menarik sokongan diberikan. 

“Kerajaan kini disokong oleh 148 Anggota Parlimen iaitu jumlah asas untuk membentuk majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. 

“Menerusi protes ini, MUDA mengemukakan tiga tuntutan terhadap beberapa pihak termasuk Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya. 

Sementara itu menerusi kenyataan berbeza, parti berkenaan mendesak kerajaan mengambil langkah mengasingkan kuasa eksekutif Jabatan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dengan segera, untuk memastikan tiada campur tangan dalam mana-mana kes mahkamah. 

"MUDA akan mengadakan kempen #DakwaZahid bagi menggesa pihak Pendakwa Raya untuk mendakwa semula Zahid dengan segera," katanya. - Getaran, 5 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Syed Saddiq: Mahkamah Persekutuan Arah Kedua Pihak Fikir Semula

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Syed Saddiq Dalang Dalam Kes Subahat Pecah Amanah Dana ARMADA - Pendakwaan

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Pendakwa Gagal Buktikan Semua Pertuduhan

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Kontroversi Keputusan Triathlon: Syed Saddiq Mohon Maaf, Akui Kesilapan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad