Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jelajah PN Bukti Syed Saddiq Seorang Oportunis - Sumber

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2024 4:55PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyertai jelajah Perikatan Nasional (PN) adalah bukti bahawa beliau seorang oportunis.

Sumber dalaman MUDA berkata, ia sama sekali berbeza dengan pendirian dipegangnya sebelum ini, ketika dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyalahguna dana parti politik.

Menurut beliau, tindakan bekas Presiden MUDA itu ‘bersekongkol’ dengan Perikatan Nasional (PN) mencerminkan sikapnya yang tidak betah bersendirian melayari perjuangan.

“Sebelum ini cakap berdegar-degar kononnya tidak akan bersama pembangkang, sekarang apa sudah jadi?

“Dulu beliau tegas mempertahankan pendirian ketika kem itu bergelar kerajaan, malah sanggup berdepan pendakwaan di mahkamah kerana tidak mahu menerima sogokan,” tempelaknya.

Beliau menyatakan demikian ketika dihubungi Getaran, bagi mengulas tindakan Syed Saddiq yang memutuskan untuk menyertai jelajah dianjurkan PN.

Perkara tersebut turut disahkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu sidang media 9 Mac lalu.

Pada sidang media itu, Muhyiddin  memberitahu, jelajah berkenaan yang turut disertai MUDA akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Susulan pengumuman, Setiausaha Agung MUDA, Amir Hariri Abd Hadi pada hari yang sama menafikan pembabitan partinya dalam jelajah tersebut.

Jelas Amir, acara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti.

Mengulas lanjut sumber berkata, Syed Saddiq sedari awal penubuhan MUDA lagi dilihat terlalu ambitious dan gopoh dalam melaksanakan sebarang tindakan.

Perkara ini katanya turut dipersetujui segelintir pemimpin parti yang menyebabkan MUDA dilanda konflik dalaman tidak lama dahulu.

“Memang Syed Saddiq sangat bercita-cita tinggi, tapi ia tidak sehaluan dengan tindakan yang selalu diambilnya.

“Dia seolah tiada perancangan, 'rembat' sahaja apa peluang yang datang hingga diri sendiri huru-hara,” katanya. - Getaran, 13 April 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

2

Politik 5 bulan yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 6 bulan yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 7 bulan yang lalu

MUDA Akan Gugat Kerajaan Perpaduan Jika Tiada Penjelasan Untuk Kes Zahid - Syed Saddiq

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 jam yang lalu

Chegu Bard Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

Semasa 1 hari yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

oleh Wartawan Getaran