web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Johor: 28 Laporan Polis, 4 Kertas Siasatan Dibuka

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 2:48PM

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sebanyak 28 laporan polis diterima sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang bermula sejak 26 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata daripada jumlah itu sebanyak empat kertas siasatan dibuka membabitkan dua kes berkaitan kesalahan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) dan dua lagi berkaitan kesalahan merosakkan bendera serta papan poster.

"Memang ada kes berkaitan kesalahan 3R (agama, bangsa dan institusi diraja), tetapi semuanya disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman..ada dua kes.

"Polis negeri juga ada menyiasat dua kes melibatkan kesalahan merosakkan papan poster dan itu pun sudah ada tangkapan dan diberi jamin oleh pihak polis, siasatan hampir selesai,” katanya selepas meninjau proses pengundian awal di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau menasihati semua pihak yang terbabit dalam kempen PRK ini supaya berkempen secara positif.

"Tak perlulah memainkan isu 3R ... tunjuk kekuatan dengan agenda masing-masing. Kalau sentuh 3R, tindakan akan diambil dan ia akan menjejaskan perjalanan kempen masing-masing, tidak elok macam itu," katanya.

Sementara itu, beliau berpuas hati dengan proses Pengundian Awal PRK Parlimen Pulai yang diadakan di PPM Wilayah Dua dan Balai Polis Kempas mulai jam 8 pagi tadi yang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lalu.

Bagaimanapun, tiada pengundian awal bagi kerusi DUN Simpang Jeram.

Perebutan kerusi Parlimen Pulai bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat; calon Perikatan Nasional (PN), Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini, selepas tempoh berkempen yang bermula pada 26 Ogos lalu, berakhir pada 11.59 malam, 8 Sept. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

Politik 2 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar