web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masalah Kesihatan Tidak Halang Anggota Polis Tunai Tanggungjawab Mengundi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2023 10:20AM

Sarjan Mejar Harudin Md Sari dari pasukan Polis Marin Wilayah dua Johor Bahru menjadi pengundi awal pertama di markas pasukan itu di Johor Bahru hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Biarpun dalam keadaan tidak sihat kerana mengalami masalah sakit tulang belakang iaitu cakera teranjak atau slipped disc, namun seorang anggota polis tetap gigih menunaikan tanggungjawab untuk mengundi awal di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Tampoi di sini, hari ini.

Sarjan Mejar Harudin Md Sari, 49, yang tiba di pusat pengundian itu pada 7.30 pagi tadi menjadi pengundi pertama di markas berkenaan bagi memilih calon mewakili suara mereka di Parlimen Pulai.

Beliau hadir pada awal pagi supaya dapat menyelesaikan tanggungjawab itu secepat mungkin sebelum memulakan tugasnya di Bahagian Kejuruteraan di PPM Wilayah Dua hari ini.

"Saya sebenarnya tidak sihat kerana slipped disc akibat pernah terjatuh sebelum ini ketika bertugas, namun tetap kuatkan semangat untuk mengundi. Sebab itulah saya pilih datang awal supaya dapat selesai undi awal.

“Lagipun saya bertugas hari ini, jika lewat saya risau terlepas pula peluang untuk mengundi," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di sini hari ini.

Katanya ini adalah kali kedua dia mengundi di Markas PPM Wilayah Dua.

Dua pusat pengundian awal bagi PRK Parlimen Pulai di Balai Polis Kempas di Kempas dan Markas PPM Wilayah Dua, dibuka serentak pada jam 8 pagi tadi.

Proses pengundian awal hari ini melibatkan 927 pemilih terdiri daripada pegawai dan anggota polis dengan 46 orang daripadanya akan mengundi di pusat mengundi awal di Bilik Gerakan, Balai Polis Kempas, manakala 881 orang akan mengundi di Dewan Nusantara, Markas PPM Wilayah Dua.

PRK bagi Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kaiat, calon Perikatan Nasional Zulkifli Jaafar dan calon Bebas Samsudin Mohamad Fauzi. 

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 3 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar