web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ADUN Kota Lama Serah Kepada Peguam Saman MB Kelantan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 3:41PM

Dr Hafidzah Mustakim dan ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, sebelum ini menghantar notis tuntutan maaf kepada Menteri Besar Kelantan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama dari Pakatan Harapan Dr Hafidzah Mustakim menyerahkan proses susulan tuntutan saman ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassaruddin Daud kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata ia berikutan ADUN Meranti itu belum membuat permohonan maaf dalam tempoh yang ditetapkan seperti dituntut berhubung kenyataan yang melabel beliau dan ADUN Galas (Barisan Nasional) Mohd Syahbuddin Hashim menentang perjuangan Islam.

"Tempoh tujuh hari telah berlalu dan insya-Allah saya telah menyerahkan perkara ini kepada peguam saya untuk melaksakankan tindakan seterusnya, jadi kita tunggulah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Komunikasi Tindakan Setempat dan Sambutan Hari Kebangsaan di Pasar Kubang Pasu, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua ADUN di Kelantan memberi tempoh tujuh hari kepada Mohd Nassuruddin membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap dakwaan mereka menolak perjuangan Islam.

Kedua-dua mereka telah mengarahkan peguam untuk menghantar notis tuntutan maaf tersebut kepada Mohd Nassuruddin dan tindakan memfailkan saman sivil di mahkamah akan dilakukan jika  permohonan maaf berkenaan gagal dibuat.

Bagaimanapun, Mohd Nassuruddin berkata tiada keperluan untuk beliau memohon maaf berhubung perkara itu seperti yang dituntut oleh dua ADUN berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad