web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Pulai: Hentikan Kempen Sentuh Sentimen Agama, Perkauman – Mohd Na’im

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 1:32PM

Mohd Na'im khuatir dengan tindakan sesetengah pihak terbabit PRK Pulai yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghukum mereka yang tidak sealiran. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai untuk menghentikan segala jenis kempen yang menyentuh sentimen keagamaan dan perkauman.

Selaku badan yang diberi amanah dalam menjaga dan memelihara kesucian agama Islam di negara ini, katanya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat khuatir dengan tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan kenyataan bersifat menghukum pihak yang tidak sealiran fahaman dengan kumpulan masing-masing.

“Situasi ini akan mencetuskan bibit-bibit perpecahan yang lebih serius dan mengancam keselamatan negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini susulan kenyataan seorang pemimpin politik yang menyatakan hukum haram memberikan undi kepada seorang calon yang bertanding di PRK berkenaan.

“Perkara ini boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat dan mencemar kesucian ajaran Islam,” katanya yang juga bimbang terhadap kecenderungan pihak yang mengeluarkan hukum berkaitan syarak dengan sewenang-wenangnya tanpa disiplin yang sepatutnya.

Menurut laporan media, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menyatakan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat pada PRK Parlimen Pulai.

Mohd Na’im berkata istilah haram jika mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka boleh didefinasikan kepada enam maksud iaitu hukum tegahan (dalam Islam); ditegah; tidak boleh dikerjakan hal-hal yang tidak menentu; sungguh-sungguh; sedikit pun dan tidak ada.

“Bagaimanapun masyarakat negara ini mengaitkan penggunaan istilah haram dengan hukum syarak iaitu hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang yang mengingkarinya,” katanya.

“Saya dengan ini ingin menyeru semua pihak agar bertanggungjawab untuk menghormati kesucian agama Islam, menjaga perpaduan dan keamanan masyarakat pelbagai kaum dan agama dalam negara yang tercinta ini,” katanya.

PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pengundian awal pada 5 Sept dan hari mengundi pada 9 Sept ini. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad