web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Main Soal Akidah, Muhyiddin Sila Bertaubat - Mat Hasan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 8:11AM

Mohamad Hasan - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bertaubat susulan kenyataan beliau yang mengharamkan undian kepada calon Pakatan Harapan Suhaizan Kaiat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, atau Tok Mat, berkata Muhyiddin seharusnya bersikap budiman dengan menerangkan hala tuju atau perancangan parti kepada pengundi ketika berkempen atau berpolitik berbanding mengeluarkan kenyataan yang dilihat seperti mempermainkan akidah.

“Jangan yang halal kita haramkan, itu bukan hak kita, berkempen atau politik boleh tetapi akidah jangan dimain-mainkan. Kalau dalam sukan tinju, kita sifatkan ini seperti tumbukan bawah pinggang. 

“Saya ingin beri nasihat kepada abang-abang saya ini supaya menjadi orang yang budiman, beritahu kepada orang apa yang kita hendak buat (jika menang PRK) sama ada mahu memantapkan kerajaan atau sebagainya, bukan dengan kenyataan seperti itu,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pagoh itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pusat Daerah Mengundi Permatang Kempas di sini hari ini.

Mohamad Hasan disambut penyokong ketika melawat melawat Pusat Daerah Mengundi Permatang Kempas - gambar Facebook
Mohamad Hasan disambut penyokong ketika melawat melawat Pusat Daerah Mengundi Permatang Kempas - gambar Facebook

Menteri Pertahanan itu juga meminta jentera UMNO dan Barisan Nasional terutama sayap wanita untuk bertemu lebih ramai pengundi putih bagi menerangkan kepada mereka mengenai kepentingan mengundi calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan di Pulai.

Mohamad berkata ini kerana kemenangan di kerusi itu penting bagi memperkukuhkan lagi Kerajaan Perpaduan yang memiliki majoriti dua pertiga sekali gus memastikan misi memulihkan ekonomi berjaya.

Beliau berkata kerajaan yang mantap menjadi antara kriteria utama untuk pelabur melabur di sesuatu negeri atau negara dan ini boleh dilihat menerusi pencapaian Johor yang mencatat pelaburan sebanyak RM70.6 bilion pada tahun lepas.

"Selepas Johor menang sahaja (dengan majoriti dua pertiga) pada bulan Mac, Johor membawa masuk pelaburan RM70 bilion pada tahun lalu iaitu 30 peratus daripada keseluruhan pelaburan negara.

"Sekarang negara kita menjadi destinasi pelabur baharu nak datang, contohnya Tesla pilih Malaysia, Infineon Technologies pula tambah pelaburan RM25 bilion di Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kedah,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad